Saturday 27 September 2014

Bukit Broga

Fuhhh~ Sudah lama x update something kat blog ni. Maklum laa, dah jadi student degree skang. Minggu pertama masuk UMKL memang sibuk sangat 200%. (eh eh). Minggu HaluanSiswa (MHS) yg memenatkan tp sangat menyeronokkan. Mula2 tu memang stress laa sbb asyik kena cepat ja. Lepastu, muka PM Disiplin serius gilaaaaaa. Okeh, bukan ini yg aku mau cerita. Stop muqaddimah sampai sini.

Semalam, bersamaan dgn 20 september 2014, aku join mendaki bukit broga dgn Alin, Raihan & Nani (itu budak majmuah aku laa). Lebih kurang 80 orang student UM sebabnya ada 2 bas UM. Abe aku pun join jugak. Weheee~ X rancang pun nak pegi sama2. Aku join naik bas utk KK12 & KK5 sebab nak sekali dgn Alin. Hehe. Dapat jugak laa naik bas sekali dgn Abe Miyo.

Dalam perancangan, kami diminta berkumpul di bus stop KK5 pukul 6 pagi tp kami terlambat 15 minit & ada lg bdk laki yg lambat dari kami. Sebelum bas bergerak, cuaca ok ja kot. Baru keluar kat main gate UM, hujan mula turun. Aku risau jugak laa sbb bukit tu nanti mesti jadi licin kan ? Alin apatah lg bertambah2 risaunya sbb dia dah pernah daki bukit tu. Sepanjang perjalanan, hujan turun & semakin lebat pula. Perjalanan kami x jauh kot. Ntah la x perasan plak sbb aku mengantuk dlm bas tu. Hehe.

Sampai kat sana, hujan masih turun & kami masih duk diam2 dlm bas. Lebih kurang pukul 8 pagi, kami dibenarkan turun & berbaris sesuka hati lah. Hehe. Ketua Sukan & Rekreasi suruh kami bahagikan kpd kumpulan & setiap kumpulan mempunyai 8 orang ahli. Bagi lelaki pula, 2 org lelaki masuk dlm kumpulan perempuan. Kononnya laa utk menjaga para muslimat yg ada. Haha. Aku perhati ja dari jauh Abe Miyo aku tu. Saja laa tgk kumpulan mana dia mau pilih. Dia x pegi pun kat kumpulan aku. Mungkin x nak budak lelaki lain kecoh2 kot. Haha. So, dua budak lelaki yg pegi kat kumpulan aku ialah Ku Syafiq & Muzairie. Dua2 hamba Allah ni budak Nilampuri. So, kira ok laa jugak kan.

Maka dgn itu, kami pun bergerak beramai ramai dlm kumpulan. Tanpa warming up, kami berjalan & terus berjalan. Ada sedikit lumpur yg kelihatan disebabkan hujan yg turun. Eksaited pun eksaited jugak tp safety first kayy. Masa tgh mendaki bukit tu, takut jgk laa & eksaited nak sampai ke puncak bukit. Ramai sgt org turun bukit masa ktorg tgh naik bukit. Jadi sesak laa perjalanan naik ke atas bukit tu. Haha. Macam jalan raya la pula sesaknya tuu. Aku kuat & semangat lagi laa walaupun penat sbb asyik naik bukit ja. Tapi aku paling x boleh bila ternampak kat bawah. Jadi gayat woo. Haha. Aku minta Alin tunggu aku sbb kaki tgh bergegar2 ni. Haha.

Jalan punya jalan, kami hampir sampai ke puncak bukit broga yg pertama. Aku pun x tau berapa lama tempoh kami mendaki bukit tu sbb xnak laa rasa mcm lama sangat kan. Dalam mendaki puncak bukit broga yg pertama, ada laa beberapa org geng2 budak lelaki apium kat tepi bukit tu dok usik2. Aku dari jauh nampak dah Wanzir yg suka mengusik tu. Aku buat lek ja lalu depan dorg semua. Antara ayat dorg yg aku ingat ialah "adik adiiiiikk, adik adiiiiikk" (ada nada laa sikit.haha). Masa tu Abe Miyo pun ada kat sana. Haha. Padan muka diri sendiri. Sebelum tu Abe Miyo ada buat status kat fb. Ermm, mana2 budak APIUM yg kenal, memang tau lah tu :) Aku syak, majoriti budak API tau pasal ni. Haha

Sepanjang kat bukit broga tu, memang adik & abang selalu diperli oleh geng2 ikhwah ni. Adoiiii. Aku dah biasa dikenakan sebegini. So x kesah sangat laa. Haha. Bila dah sampai puncak bukit broga yg pertama, kami pun rehat jap & amik gambar. Pemandangan dari atas memang cantik walaupun x dpt nk tgk matahari disebabkan hujan yg x berhenti.







Dah cukup rehat semua, abg baju pink tu tanya "siapa yg nak pegi puncak kedua?" Then kami pun cakap nk pegi. So, dia bagi lah. Hehe. Takkan nak larang pula kan. Kalau tgk dari jauh, memang mcm lama sgt nak sampai. Tapi, bila dah excited, memang x rasa apa dah. Hehe. Sesampainya kami di puncak bukit broga yg kedua, Wanzir ajak laa bergambar 1 majmuah. Majmuah 5 yg pegi 8 org ja (4 lelaki & 4 perempuan) Abang & adik kena laa ada kan. Hihi





Apasal laa semua muka mcm x ready ja. Ini semua disebabkan cameraman. Haha. Sesuka hati dia ja amik gambar ktorg mcm ni :P Kenangan kat sini memang x dpt dilupakan. Bertambah best kalau dpt pegi 1 majmuah. Biasa laa, first time kot pegi sini. Haha. Jadi sakai laa sikit.


Masa tgh bergambar ni, hujan pun mula turun lagi. Kesian budak tudung hitam tu. Hmm, dah la demam x kebah lg, terkena hujan sekali lg. Kami plan nak pegi lg puncak yg ketiga tp mcm extreme sangat ja. Bila tgk org yg pegi sana, nmpk mcm susah. So, tak jadi lah nk pegi & mungkin ada jugak bdk lelaki yg pegi. Tapi, x lama lepas tu, bila hujan semakin lebat, kami dipanggil guna healer. Haha. Macam lawak pun ada jugak.

Turun bukit tu memang agak licin sbb tanah dibasahi hujan yg turun. Masa nak turun, aku hanya berpaut pada akar kayu, lalang & pokok2 kecil. Akhirnya sampai jugak kembali ke puncak yg pertama. Berkumpul kat sana sementara menunggu mereka yg masih belum sampai & menunggu hujan reda sedikit. Setelah hujan reda, kami pun turun bukit beramai ramai. Masa turun tu, kena hati2 & berpaut lah pada yg sudi. Haha. Dalam perjalanan menuruni bukit, ada macam2 aksi yg kita dpt lihat ye tuan tuan & puan puan. Sokongan drpd Wanzir pun tidak dilupa. Suka hati dia ja jerit nama org dari bawah tu. Tau laa dah sampai awal kat bawah tp belum sampai kaki bukit lg.

Aku bukan main laju lg turun bukit tu. Tertinggal plak Alin kat belakang. Hehe. Tiba-tiba, Ku Syafiq cakap "eh hasifah, lajunya turun. nk kejar mirul ka?" "xde masa lah nk kejar" "bukan selalu ada masa ka utk mirul?" "boleh laa" Lepas tu Muzairie tanya, "kau kk 5 eh?" "tak ah.aku kk8" "owh, jauh sikit ja tu.insya Allah, ada jodoh tak kemana.tp lepas ni kau kena duk Klate lah" Aku hanya mampu tersenyum kat budak berdua tu. Hehe.

Bila dah rasa mcm nak sampai kat kaki bukit, aku perlahankan sikit langkah ku sbb nak jalan sekali dgn Alin. Turun bukit memang x rasa sgt sbb laju ja kaki ni jalan. Kami pun terus pegi bas, nak balik & rehat. Penat memang penat tp sangat best. Jom ah wahai kawan bertujuh, kita pergi mendaki bukit broga lagi :D Sweet memory sbb ada abe miyo. HAHAHA *gurau jah* Sekian sahaja cerita kali ini :)

Thursday 17 July 2014

Tiga Sabahat :)

Kisah bermula di mana, ketika aku nekad nak sambung form 6 kat sekolah lama, tetiba dpt laa rezeki masuk U. U mana ? UM lah. Hehe. Mula2 tu aku pelik la jgk, ada ka UM kat Kelantan ? Kalau UMK tu ada laa kot. Huhu. Aku redho ja lah dapat kat sana. Lagi pun memang nak sangat masuk UM. Pasai apa tah x tahu lah. Haha. Sebenarnya memang ada UM cawangan kat Kelantan. Aku ja yg x tau atau UM kat Kelantan x femes macam kat KL.

Bila dah sampai UM Nilam Puri Kelantan, org first yg aku jumpa ialah Afifi, budak Kedah. Masa tu ktorg kat pejabat. Eh, tapi bukan berdua tau. Haha. My father pun ada sekali kat sana. Sempat jugak laa mereka berkenalan. Cewahh~ Ni nak cerita sikit, hari tu ada laa aku try wasap 1 nombor ni. Mr. A yg tanya nombor siapakah ini. Wasap punya wasap, pastu aku tanya la kat org tu, "kenal x siapa ni ?". Dia pun cakap, "kenal laa. Ingat lg tak kat pejabat, kita mendaftar sama2 waktu mula2 masuk UM". Aku ingat balik muka2 yg aku jumpa masa mula2 masuk UM. Ohh, rupa2nya Afifi pulak. Alahaii, dia masih ingat plak kali pertama berjumpa. Kahkahkah :p

Okeh, berbalik kpd cerita tadi, bila dah sampai UM, aku mesej Ija tp dia x balas plak. Aku x tau la plak dia ada kelas. Haha. Dah habis urus semua tu, aku pegi laa bilik Ija dulu bru p bilik Dyra (ntah la x ingat dah). Pastu Dyra ada tanya aku Majmu'ah brp. Masa tu x tau lg apa kebendanya "majmu'ah" ni. Haha. Kesian gila dowh. Aku ckp kat Dyra, dlm jadual tu tulis "kumpulan 5". Dyra ada sikit eksaited laa sbb ada jgk kwn Sabah dia ni. Haha.

Setiap hari boleh laa dikatakan aku & Dyra pegi kelas sama2. Maklum laa aku kan budak baru. Malu2 lg masa tu nak kenal dgn org lain. HAHA. Tapi skrg ni xyah cakap la. Dah pandai nak berloyar buruk dgn kengkawan lain. Hihi. Awal sem 1, Dyra rapat dgn Tikah Idris tp bila Tikah dah pindah Jordan & kebetulan pula masa tu Aina yg rapat dgn Jiha Zulkhairi pun terpaksa berpisah disebabkan Jiha pun pindah jgk. Huhu. Aku baru kenal dgn budak berdua tu beberapa bulan. Dah pindah plak :(

Kawan Aina pindah, kawan Dyra pun pindah. Jadi secara automatik Aina & Dyra berjalan bersama sama walau ke mana jua. Acewah~ Aku pun kena ikut jugak laa ke mana2. Takkan aku nak jalan sensorang kowt. Hehe. Masa pun berlalu & kami bertiga pun menjadi akrab :) Pergi mana2 ja mesti bertiga kecuali kalau aku lambat, aku suruh laa dorg berdua jalan dulu sbb masa tu dah biasa la sikit dgn keadaan APIUM. Hehe. Kami bertiga tak sama kos. Hmm, Aina & Dyra ambik Syariah, aku plak Usuluddin tp kami sama majmu'ah (kelas) dan kami selalu duk sebaris (tak kira la baris belakang, depan atau tengah).

Kami sangat rapat waktu Sem 1, 2 & awal sem 3 yakni sebelum buat program kat RAYS. Entah kenapa boleh ada gap sedikit bila lepas program RAYS tu. Mungkin disebabkan masa tu aku & Aina AJK hadiah. Dyra plak AJK masa & tempat bersama Khalilah. Bila sebut pasal hadiah, kena la banyak keluar sbb nak beli hadiah2 tu semua. So masa tu kenderaan yg ada hanya lah kereta saga Teha. Masa urus semua ni, aku banyak keluar dgn Teha & masa tu x ada laa nak rapat sgt dgn Teha (biasa2 sajaaa)

Lepas habis program, aku x berapa ingat apa peristiwa yg berlaku yg menyebabkan Teha & Alin rapat (mungkin sbb pengangkutan kot). Alin ofcoz la dgn Anis. Aina still rapat dgn Dyra tp aku plak yg jauh sikit dari mereka berdua. Huhu. Maafkan aku wahai kawan2 :') Sejak dari program tu, aku selalu gak laa lepak kat bilik Alin & bilik sebelah tu bilik Dyra. Hari berganti hari, kami pun rapat menjadi 7 org (aku, Dyra, Aina, Khalilah, Teha, Alin & Anis)

Kami menghabiskan masa bersama. Naik kereta saga Teha sama2 walaupun dah macam ikan sardin dlm tu. Haha. Aku x tau laa kenapa boleh lebih rapat dgn Alin, Anis & Teha. Kadang2 aku rasa rindu nak jadi "bertiga" mcm dulu tp bersahabat ramai2 tu kan lebih bagus :D Beberapa hari yg lalu, aku dok tgk gambar sem 1, rehlah kat Terengganu, gambar majmu'ah & segala macam utk mengubati kerinduan. Cewahh~ Tetiba lak terlintas difikiran nak buat entry pasal "kami bertiga". Huhu

Okeh laa, malas dah nak menaip panjang2. Meh sini nak belanja gambar kami bertiga :) Hehe

SEM 1 (comel2 muka suci bersih masa ni.muka budak2 lg ni.haha)

SEM 2 (ada sesi fotografi sbb tu la ada benda alah tu.haha)

SEM 3. (maaf la ye Teha & Aida. aku dah cari gambar kami bertiga utk sem 3 punya tp x jumpa.aku jumpa gambar ni ja.lepas muntada.fuhh~ penat jadi kak ita.haha)

SEM 4. (handphone baru Teha.haha.dlm tandas pun jadi la asalkan dpt bergambar bersama.lepas kelas apa ntah x ingat plak aku)

Antara banyak2 gambar bertiga yang ada kat aku, kesemuanya gambar sem 1. Tak tau lah kalau ada lagi gambar lain kat Dyra atau Aina. Walaupun x rapat sgt macam dulu, kita tetap kawan :) Kita tetap geng bertujuh & "geng bertujuh" ni org lain pun dah tau sbb nampak sgt keakraban antara kita. Hihi. Maaf lah terpanjang plak story mory kali ni :D

Wednesday 16 July 2014

Genap sebulan bersamanya

Assalamualaikum. Salam 19 Ramadhan :)

Alhamdulillah, hari ni bersamaan 16 Julai 2014 genap lah sebulan ku bersamanya. Hihi. Siapakah yang dimaksudkan ? Hmm, tak sangka pula dah sebulan ngajar kat Tadika PASTI. Bukan ada siapa2 pun nak "bersama" dgn aku ni. Huhu. Sedihkan ? :( Ececee nak sedih2 bagai la plak. Haha. Okeh, sambung cerita :D

Sepanjang mengajar bebudak ni, banyak laa pengalaman aku dpt & KESABARAN dlm menghadapi budak kecik ni amat diperlukan. Bukan senang nak kawal dorg ni semua. Dalam tadika tu, ada 10 org sahaja. Bilangan tu nampak sikit kan ? Tapi 10 org tu jd mcm berpuluh puluh org bila semuanya bersuara atau dlm erti kata lain "bermain + jerit2". Aku rasa nak marah ja semua budak ni. Haha. Tp biasa laa budak2 tau main ja. Marah banyak kali pun macam xdak bagi effect apa2. Buat sakit tekak kita ja nak teriak2. Lagi pun, Mr. A kata kita kena tegah/ larang budak2 ni dgn kelembutan bukan dgn kekerasan :)

Haa, ni aku nak perkenalkan student cilik aku yg berumur 4 tahun & kesemuanya ada 4 org (budak lain aku xnak cerita lah.haha). Antaranya ialah Umair Hafiy, Abdullah Anas, Hibban & Dania. Nampak tak betapa comelnya nama mereka. Hehe. Itu baru nama, belum lagi tgk orgnya. Walaupun sikit ja dorg ni, tp mcm biasa lah suara tu mengalahkan suara cikgu dia ni. Adoiii pening kepala cikgu mau control 4 org ni. Itu baru control anak org, belum lg control anak sendiri. Ehh, apa ni ckp pasal anak ? Haha. Harap2 la  bakal anak2 x jadi macam ni. Kahkahkah :p

Nah, belanja satu gambar bebudak ni bersama cikgu tercinta.kah3

Setiap org mesti berbeza perangainya. Sorang macam ni, sorang macam ni. Ada yang cengeng, kuat menyakat kawan & segala macam lah. Kalau bab belajar tu lagi laa memeningkan. Ada yang malas, ada yang rajin & ada pula yang banyak cakap sambil buat kerja. Tapi kalau yg kurang rajin tu, aku akan upah dorg ni tgk cerita kartun atau tgk apa2 video yg sesuai utk budak2 ni kat youtube sambil nyanyi2. Bila dah cakap "okey, siapa nak tgk cerita, kasi siap kerja cepat". Maka, mereka pun cepat2 siapkan kerja tu. Haha. Senang sikit laa nak tarik perhatian & suruh cecepat siapkan kerja. Tapi x leh la nak biasakan mcm tu :) Kena cari cara lain jugak selain drpd menghadap laptop.

Bila ada di antara mereka yg menangis, merajuk atau yg sewaktu dengannya, aku jugak la yg kena pujuk sehabisnya. Acewahhh, guru mithali gitew. Haha. Aku pun pesan laa kat dorg, main tu elok2, jangan sampai nak nangis2 mcm ni. Siapa punya salah ni ? Pastu ada laa tunjuk itu ini. Haha. Aku pun acah2 pukul siapa yg salah tu. Konon2 laa pukul sbb nak hentikan tangisan budak ni padahal x sakit pun pukulan itu. Haha. Pukulan manja jaa~ Dah berhenti nangis, dia sambung main lg plak. Tapi lain plak hal nya kalau ada yg nangis2 nak balik lah, nak ummi lah. Alahaiii~

Dalam kepenatan & kepeningan menghadapi bebudak ni, terselit jugak perasaan sayang dlm diri ni. Hihi. Setiap perbuatan mereka, sangat menghiburkan hati. Walaupun cikgu ni ada marah2 sikit, sebenarnya x ada la nak marah sangat, cuma nak "mengajar" sajaaa. Marah tu kan tandanya sayang. Hehe. Terasa macam mak mak plak bila ada yang dok bermanja manjaan. Terserlah naluri keibuan. Hahaha

Pengalaman mendewasakan kita & pengalaman juga boleh disimpan sebagai kenangan utk mengubati kerinduan. Cewahh. Sebelum ni abah kata, sebulan ja kerja tp memandangkan cuti masih berbaki sebulan lebih lagi, aku pun meneruskan kerja & rutin harian ku mcm biasa. Penat tu penat laa jugak. Tu laa, dulu teringin sgt nak kerja. Bila dah ada kerja, jadi mcm ni la plak. Huhu. Aku bukannya apa, cuma nak menghabiskan masa cuti ni sepenuhnya kat rumah. Kengkawan lain kerja waktu awal2 cuti & aku kerja waktu nak habis cuti. Hmm terbalik la plak. 3 bulan dok menganggur, 3 bulan lg kerja. Kesimpulanya, aku akan habis kerja lebih kurang hujung bulan Ogos. Tapi x apa, Allah dah tetapkan macam tu. Rezeki dtg bila2 masa sahaja. bersyukur lah kita yee :)

Sunday 23 March 2014

Holiday Mode "ON" (rindu kamu)

Assalamualaikum :)

Hari ni adalah hari ke 12 aku bercuti & sehingga sekarang aku x tau nak kerja apa . Huhu . Please, help me ! Masih setia duduk di rumah & masih menjadi penganggur terhormat . Macam dah lama ja duk rumah ni . Hari ni pula kawan2 aku pegi rumah alin . Abang dia kahwin . Ekceli dah nikah tahun lepas tp hari ni bersamaan 23.03.2014 , abang dia sanding belah lelaki pula .
Akuuuu teringin sangat2 pegi sana join dorg . Rindu gila kat budak2 tu . Aina & hanis ja dapat pegi . Budak husni tu pun nak jugak pegi . Ishhh . Pegi balik kuis laaa . HAHA . Orang2 yg kejauhan ni x menyempat lah nak pegi yee . Tapi tidak mengapa lah seandainya diri ini tidak dapat turut serta (hamboii ayat ! ) . Aku dah tgk abang dia nikah tahun lepas . Siap join family dia lg pegi jempol . Hihi . Best laa dapat kenal2 dgn family dia .
Tetiba aku terasa mau tgk semua gambar & video kami . Tersengih sorang2 pula tu . Haha . Lucu yg amat ! Macam2 gelagat ada . Bila aku tgk kereta saga "baru", secara automatik ingat kat teha . Hmmm . Paling aku susah berhenti nangis bila teha nak balik hari tu . Sebelum dia balik tu aku sengaja tidur supaya kurang sikit rasa sedih tu . Tapi, ternyata air mata x dapat di tahan . Acah2 g tandas laa . Alahaiii .
Mungkin sebab aku selalu duk berdua dengan teha . Tambah2 lg masa sem 4 tu . Alin & Hanis selalu balik & dorg berdua ni selalu bersama . Aina & Khalilah pun sentiasa bersama . So, aku dan teha ja lah selalu berdua .
Aku ingat lg tyme aina, alin & hanis balik, aku & teha ja lah yg setia duk bilik Alin tu . Bilik A206 tu ktorg dah jadikan bilik sendiri . Makan kat sana, solat kat sana, lepak kat sana, tidur lagi laa kat sana . Kami sama2 bersihkan bilik tu walaupun hakikatnya kami ada bilik sendiri . Haha
Sekarang, teha da jadi tcer kat sekolah mana ntah . X ingat pula aku . Tapi budak ni da buzy . Buzy macam mana pun aku tetap contact dia . Alin & hanis pun xde keje laie . Aina pula baru interview cikgu tadika . Tapi dia x pasti dapat ke tak . Haihhh . Aku ni lagi laa nak jd cikgu tadika memang tak lah . Menangis budak tu oleh aku nanti . HAHA
Setakat ni aku langsung tiada apa2 pekerjaan . Huhu . Kalau kerja kat kedai2 tu aku x tau lah ada ke tidak . Nak kena buat resume pula tuu . Ada ja kerja kosong tp semua area KOTA KINABALU . Jauh seyhh dari rumah . Tengok laa bulan depan kalau dapat apa2 . Haha .
Nak cerita sikit ni pasal amirul (eh2, cerita mirul pun terselit jugak) . Tetiba hari tu dia tanya , "sifah x rindu saya ke ? kan dulu ckp, kalau balik sabah baru rindu saya . haha" Aku pun cakap, "rindu laa sikit" . Haha . "Mirul kalau rindu dtg la sabah" Maka, dia cakap " sifah balik la kelantan kalau rindu saya" Alahaiii . Tapi katanya nak dtg sabah bulan 5 ni . Jumpa la saya nanti . HAHAHA :P

Wednesday 26 February 2014

rehlah majmu'ah 5

Assalamualaikum .

Fuhhh, penatnyaaa . Rehlah yg hanya 2 hari 1 malam, insya Allah dpt memberi 1001 kenangan manis buat kami semua . Huhu . Penat memang penat tapi sangat2 menyeronokkan . Macam2 aktiviti yg kami lakukan . (apasal ayat mcm formal sgt ni . haha)
Dimulakan dgn perancangan perjalanan pukul 2.30 ptg (24 febuari), tapi kereta alza lambat sampai . So, berubah sikit masa tu . X kisah la kan . Jalan punya jalan, 2 buah kereta ni terlajak pegi kuala krai . Patut laa jauh ja perjalanan ni . Peristiwa sepanjang perjalanan tu x payah cerita la kan . Memang men'seteresskan' sangat2 . Haha
Sampai ja kat putra valley, terus solat asar & pukul 5.30 tu di mulakan dgn aktiviti lasak jugak laa (ala2 plkn gituu) . Dah laa x panaskan badan sblm buat aktiviti tu, memang sakit2 badan la jadinya . Main kat tayar tu ok lg tp bila start kat lumpur, kena buat la jgk sbb semua org mesti kena semua tu . masuk dlm terowong gelap, main gelongsor kat busut & last skali buat water confident . Alahaiii , confident sgt laa kan . Hahaha . Haaa , start dari sini la gosip dr bdk laki bermula . Huhu . Water confident dimulakan dgn bdk laki . Tym aku & teha nk buat "confident" tu, memang takut lemas jgk laa tp dah ada life jacket, selamat la jgk . Hahaha . Dah masuk dlm air tu, aku ni memang x reti berenang, jd pakcik yg jaga kat sana tarik aku jauh dari teha . Pakcik tu kata, awak tenang ja . Tiba2, sorg dr bdk laki ramai2 tu (wanzir), jerit nama aku . "weii2, tolong sifah!! mirul2 !! sifah hanyut !" hahaha . Masa ni aku memang malu gila2 . X tau dah nk sorok muka ni kat mana sbb bdk laki yg lain pun support jgk apa yg si wanzir tu cakap . Aishhh . Tapi mirul cool ja kot . Haha . Terkejut jgk laa wanzir buat mcm tu . Aku x tau mcm mana & dari mana dia tau aku & mirul ni . Sabar ja lah bila dibuat mcm tu . Dah la masa tu semua bdk kelas ada kat air tu . Biar laa kalau dorg dengar . Dah settle dlm air, kami naik bilik & siap2 utk bbq malam tu .
Bbq lambat mula malam tu, lebih kurg dekat2 pukul 10 . So, habis pun lambat laa . Dalam pukul 1.30 pagi jgk laa . Masa bbq ni pun aku kena jgk . Aduiii . Wanzir ni memang tau semua cerita eh ? Hahaha . Dimulakan dgn aktiviti tukar2 hadiah disamping makan2 sementara tunggu ayam2 tu masak . Giliran aku lambat lagi . Tapi rancangan/ target aku nk bagi hadiah ni kat mirul x berhasil . Haha . Takut jugak kalau aku dapat bdk laki . Habis laa ditanya pasal mirul nanti . Huhu . Sampai giliran aku, aku dapat no 317 iaitu nani . Soalan2 yg ditanya ialah , 1) apa erti persahabatan ? aku jawab, tolong kwn tu kalau dia perlukan bantuan & hargailah kawan2 anda. 2) nak kahwin dlm umur berapa ? (lbih kurang mcm ni la soalan dia) aku jawab, lepas degree ni insya Allah dpt kan kerja dulu, kalau dah kerja boleh laa nak kahwin . 3) apakah ciri2 bakal suami yg diingini ? aku jawab, dia mestilah beragama, hormat ibu bapa & x merokok . Masa ni, wanzir dah fokus kat aku . Alahaiii . Apa lagi dia mau cakap ni . Grrrr . Lepas tu, wanzir dah start bahan aku . Dia cakap, "haa, semua tu dah cukup dah (sambil tgk mirul)" . Kena lagiiiii . Geram jgk kat wanzir ni . Sebenarnya ada lg yg nak dicakap dlm soalan ke 3 tu, tp wanzir dah kaitkan semua tu dgn mirul, jd aku x dapat laa meneruskan jawapanku . Huhu . Malam tu pun mirul cool jgk . Malas nk layan org2 mcm tu . Haha . Habis tukar2 hadiah, makan2 & bergambar, kami kemas2 barang & naik bilik (tidur)
Keesokannya (25 febuari), aktiviti seterusnya dimulakan dgn flying fox . Sebelum tu, ada demo sikit laa . Dimulakan dgn bdk laki jgk . Gayat memang gayat tp aku nak cuba jgk (jangan lepaskan peluang) . Hehe . Abang & pakcik kat sana dah kenal muka2 ni . Haha . Masa dah kat atas, siap sedia lapor diri & sebelum dilepaskan tu, aku minta kat abg tu supaya jgn tolak dulu sbb x sedia lg . Haha . Tapi, bila dah dilepaskan rasa best pula . Weheeeee . Lawak2 jugak laa bila dgr kwn2 lapor diri tu . Macam2 suara didengar .
Lepas flying fox, main motor ATV pula . Ni yang best ! Siapa x tau motor atv, sila tanya pakcik google kayy . Mula2 naik tu memang rasa takut jgk laa sbb ni la first time aku naik benda ni . Haha . Tapi, bila dah biasa rasa macam nak naik lagi . Kami dibawa pusing2 sekitar kawasan tu . Ada turun bukit, naik bukit & bermacam2 laluan . Cehhh . Lepas tu, main kayak pula . Aku naik dgn jiha . Alin mesti la dgn anis & teha pula join group kedua . Kami muka ala2 otai ni group pertama . Haha . Join bdk laki pula tu . Mula2, pakcik tu suruh main2 dulu . Main siram2 pula tu . Hahaha . Ingatkan just naik kayak ja, rupanya ada lagi masuk dlm air tu . Alahaiii . Aktiviti yg ni pula cara macam mana nak selamatkan diri kalau kayak terbalik . Pakcik tu ajar sblm kami buat . Mula2 pusing2 tasik tu sblm kayak diterbalikkan . Pusing punya pusing, jumpa dgn wanzir . Aku apa lagi , dah geram dgn dia , aku pegi siram air kat dia pakai paddle tu . Haha . Dia cakap, "sifah ada hutang dgn aku . nanti aku balas" Hoho . Balas laa . Aku x takut pun . Haha . Dia siap panggil2 mirul lagi . Sudah2 la tu wanzir .
Aktiviti lepas tu aku x tau apa nama dia . Tapi memang sangat memenatkan & menyeronokkan . masa yg imbang badan tu, 2 kali jatuh & 2 kali telan air tasik . Huhu . Macam2 lg laa aktiviti tu . Bila dah penat, aktiviti yg last tu malas nk buat betul2 sbb pakcik tu asyik kacau2 ja . Lepas habis semua aktiviti, kami naik bilik, bersihkan badan & kemas2 barang nak balik . Sebelum balik, kami ambik gambar utk kali terakhir bersama di putra valley . Huhu
Kami singgah makan pizza jap utk menghabiskan duit kelas yg berbaki  tu . Memang riuh la kan dlm pizza tu . Segala kenangan yg tercipta tidak akan dilupakan . Rindu semuanyaaa . Macam nak lagi main sama2 kat putra valley tu . Semua dah x sorok2 lg . Start dari wanzir . Entah kenapa la asyik bahan aku dgn mirul . Huhu . Mirul kata "bdk baru nk up, memang mcm tu . kita layan je . ikhwah memang mcm tu . semua nk heboh . xpe lah, kenangan last sem . tapi ukhuwwah kita TERBAIK !!" Sayang majmu'ah 5 sangat2 .
Sebenarnya banyak lg cerita yg tidak diselitkan dlm cerita2 ni . Biarlah ia menjadi kenangan termanis buat kami semua . Sedih nak berpisah . Kalau jumpa kat umkl nanti, tegur2 lah . Jangan sombong pula . Hehe :') Macam yg wanzir cakap, insya Allah kita buat reunion kat KL nanti :D