Monday, 28 September 2015

Raya di Perantauan

Assalamualaikum. Sempat lagi rasanya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Lembu dan kambing telah pun selamat dikorbankan. Tahun ni sekali lagi x beraya bersama keluarga jauh di seberang sana. Tak ada la jauh sangat macam kat oversea tu. Tahun ni masuk tahun ketiga aku x beraya dgn mereka sbb nak balik pun tiket mahal pastu cuti kejap ja. So kita menumpang beraya rumah kawan aje lah. Sebenarnya ada ja rumah pakcik kat KL ni tapi haritu dia cakap mungkin dorg beraya kat rumah isteri dia kat Pahang. Aku ni mana laa rapat sangat. Memalu sikit la nak ikut. So tahun 2013 aku beraya kat rumah Alin kat Port Dickson, 2014 aku beraya kat rumah makcik di Sendayan dan 2015 aku beraya kat rumah Tehaaaaaa kat Banting.

Al kisahnya macam ni. . . . . Seminggu sebelum menjelang hari raya, aku plan nak beraya kat rumah Raihan di Kelantan. Tapi, tak sangka plak tiket cepat habis. Wuuuu~ Nampak tak betapa ramainya orang nak balik kelantan. So, fikir punya fikir, aku rasa macam malas la nak balik memana sbb aku memang nak sangat g kelantan. Ceh ! Haha. Kiranya memang nekad betul la ni xmau balik. Duk kolej ja kita. Tak kisah pun kalau x balik sbb my room mate pun x balik jugak. Beberapa hari sebelum raya, Alin ada tanya raya ni balik sabah tak ? Aku cakap la "tak kot" Dia ada ajak balik PD jugak tapi aku malu. Hahaha ! Sejak bila jadi pemalu mau balik rumah Alin nieee. Aku bukan apa, dah lama tak datang sana. Jadi rasa lain macam sikit la. Kah! Tapi teringin jugak sbb rindu. Hehe

Setiap kali org tanya "sifah balik mana raya ni?" Aku akan jawab "tak tahu la". Haha. Sampai laa sehari sebelum raya. Itu laa jawapan aku. Sama ja walaupun sebenarnya aku dah decide nak ikut teha balik rumah dia. Tahu tak, masa tu memang langsung takda mood nak balik rumah sesapa. Ntah kenapa. Mungkin sbb aku teringin sangat nak pegi kelantan tapi hajat tu tak kesampaian. Haha. Sedih laa konon. Segan sebenarnya nak ikut teha sebabnya dia ramai adik2 kat rumah tu. Ada 6 orang hokayy. Haha. Tapi teha kata Suha pun ikut jugak. Jadi kira okay la jugak sbb ada kawan. Tak laa berseorangan. Hehe. Tak ada beza pun bilangan adik beradik teha dan alin tapi yg membezakan tu alin anak bongsu dan atas2 dia semuanya perempuan & sorg ja lelaki. Lagipun aku dah biasa kat rumah alin jadi, kira macam tak kisah sangat la. Kalau si teha ni plak, adik2 dia semua sekolah lagi. Eh, mesti la sekolah. Dah nama pun "adik". Haha. Dah la baru sekali ja jumpa mak ayah dia. Adik dia pun sorg ja la yg aku pernah jumpa. Segan tu masih ada lagi. Hehe. Tu la sebabnya kot.

Sehari sebelum raya iaitu hari rabu, kami ada kelas lagi masa tu. Nampak tak betapa peliknya universiti kami. Haha. Kesian bebudak yg nak balik kelantan tu. Hari tu jugak si teha sanggup tunggu aku habis kelas pukul 4 camtu. Dah la aku langsung x kemas apa2. Yelah, dah mood nak balik tu takda. Rasa malas semacam ja. Kesian teha terpaksa tunggu aku berkemas kejap. Bersalah pun ada. Sorry mek :D Hehe

Lebih kurang pukul 5 petang, kami pun bertolak pulang. Jalan dalam UM nak keluar KL dah start jem. Laluan nak keluar ke PJ tak sangat tapi bila betul2 dah keluar UM, memang jem sangat la kan. Teha kata perjalanan ke rumah dia mengambil masa dalam sejam lebih. Tapi aku x set jam plak masa tu. Hehe. Terasa macam jauh lagi nak sampai ke rumah teha. Banyak masuk simpang. Aku pun tak boleh nak hafal kalau sehari ja duk sana. Yelah, first time datang sana. Memang ternanti2 la kan bila laa nak sampai ni. Haha. Kalau pegi rumah alin boleh la hafal sikit. Jalan nak ke pasar, pantai, PD semua tu boleh kira aku dah hafal. Bukan nak bandingkan tapi just nak bagi tau pengalaman ke sana. Hehe. Kebetulan masa tu kami bertiga puasa. Kira2 macam dah dekat dgn area rumah teha tu, dia drive laju sikit supaya kami sampai sebelum buka puasa. Alhamdulillah, kami sampai jugak ke rumah teha dalam pukul 7 lebih dekat nak maghrib.

Angkat beg masuk ke dalam bilik. Masuk ja rumah teha trus aku cakap kat suha "besarnya rumah. boleh sesat nih.haha" Lepas tu kami terus ke dapur. Nampak dah tersedia nasi impit atas meja untuk raya esok. Hmmm rindu rumah. Rindu kuah kacang umi :'( Tak lama lepastu, azan pun berkumandang di radio. Kami pun makan apa yg dihidangkan. Ayah teha pun ada jgk kat dapur. Tak sangka plak ayah dia ingat aku. Haha. Ayah dia ckp "ini kan yg naik kete hari tu" Aku jawab "aah" Pastu ayah dia cakap " hari tu tak nampak tinggi. sekarang nampak tinggi plak" Hehe. Pakcik ni, malu la saya. Haha.

Lepas makan, kami solat maghrib. Aku & suha duduk kat bilik ja sementara tunggu isya'. Lepas solat isya, teha ajak makan lagi. Hehe. Duk rumah teha asyik makan pastu masuk bilik. Makan lagi dan lagi. Haha. Malam tu mak teha buat rendang ayam. Sedap ! Saya sukaaaa. Tapi masa tu kawal sikit la nafsu makan tu. Haha. Kat rumah orang tuuu. Tambahan pula adik2 dia ramai. Makcik pakcik dia lagi. Tu ja yg aku fikir. Memang la mak dia masak banyak tapi kena fikir jugak rendang ayam tu semua untuk raya esok. Tetiba lak tak tau malu melahap kat rumah orang. Haha. Lepas makan, kami lepak dapur sesaja nak borak & kenal2 dgn makcik teha yg dipanggil mama. Best jugak la kenal dgn family org. Macam2 ragam. Family alin & khalilah dah kenal, yg lain2 tu pun lebih kurang ja. Adik2 si teha ni ja first time jumpa. Teha ada 7 orang adik beradik termasuk dia sendiri dan dia merupakan anak sulung. 6 orang adik iaitu hanis, hilman, husna, haziq, hafiz dan hazim. Acecee. Perkenalkan adik beradik org plak. Haha.

Lebih kurang pukul 11.30 malam, kami pun masuk bilik. Agak lama jugak laa borak dgn mama. Bila dah masuk bilik, aku tanpa membuang masa terus tidur. Haha. Nampak tak betapa penatnya aku. Ceh, penat la sangat. Bukan ada buat apa2 pun malam tu. Petang sebelum kelas tu aku dah puas tidur. Tapi ntah kenapa senang ja mata ni lelap. Syukurrrr.

Keesokan harinya, Hari Raya Aidil Adha pun menjelang tiba. Semalam, teha ada cakap biasanya lelaki ja yg pegi solat sunat hari raya & perempuan kat rumah ja. Ermm, biasa la tu. So, yg kat rumah ni bersiap2 sebelum adik beradik mak teha datang. Pagi tu tak tahu lah perasaan macam mana. Haha. Tapi tetap akan rasa sedih bila dgr lagu raya. Ok fine, kawal air mata. Fuhh~ Dah siap semua, kami sarapan nasi impit, kuah kacang & rendang yg yummeh ! Tengah2 makan, mak sedara teha dah datang. Alamakkk ! Haha. Kami cecepat makan. Malu la katakan. Pastu ayah teha cakap "aik. dah siap makan?" Hehe. Dah pakcik. Kenyang dah. Tak boleh makan banyak sangat. Lepas makan, kami duduk kat ruang tamu sambil tgk tv cerita tentang bulan kalau tak silap. Tetiba teha bagi sheperd pie yg makcik dia buat. Sedap sangat. Dah lama nak try buat makanan sejenis tu tapi belum ada kerajinan lagi. Hehe. Kalau nak tau apakah dia makanan tu, google aje lah. Tak susah pun :D Kat blog Cik Epal pun hadoo.

Dah habis makan & kemas pinggan, kami duk kat ruang tamu sementara teha sibuk kat dapur. Sempat jugak la tgk cerita Pelita Panjut untuk Mertua.


Terhibur tgk cerita tu tapi x habis tgk sbb teha ajak pegi rumah ibu (mak sedara dia). Rumah ibu tak jauh pun dari rumah teha. Sampai ja rumah ibu, aku dlm hati cakap "uishh, cantiknya rumah.pemandangan pun cantik". Aku teramat sangat suka rumah2 kat sana. Boleh dikatakan salah satu rumah kampung idaman. Aisehh. Tapi tak amik plak gambar. Tandanya dia suruh datang sana lg kot. Hehe. Kami dihidangkan lagi nasi, ayam sambal, daging kari, dan acar. Haaa, makan lagi. Haha. Dalam rumah tu, ada sorang budak yg comel sangat. Medina namanya dan berumur 3 tahun kalau x silap. Budak tu satu2nya cucu dalam family dorg. Comel sangat + bijak plak tu. Eii, geram !

Tepat pukul 3 petang, kami meminta diri untuk pulang. Solat zohor kat rumah & petang tu lepas asar teha kata nak pegi rumah umi (kalau x silap). Sebelum tu, menyempat jugak la tidur kejap. Haha. Nampak tak aktiviti kami berdua. Asyik tidur ja. Haihh. Yelah, nak tgk tv segan lak nak keluar. Selesai solat asar, kami bersiap2 nak jalan. Setibanya di rumah umi, ramai dah sedara teha datang. Ingatkan baru start, rupanya lama dah makan2. Hehe. Perangai semua sama ja mcm kazen2 ku di sana. Semuanya suka bergurau. Bak kata org brunei "beibun" Haha. Masa tu kami duk kat dapur ja & semua sepupu dia yg masuk terkejut tgk aku & suha. Haha. Petang tu, kami makan sup daging korban ja. Kenyang awal2 tadi pun tak hilang lagi walaupun lepas tidur. Lepas makan, borak2 ja kat dapur sbb segan nak keluar. Haha. Takpa laa, dah biasa duk dapur. Macam2 perangai boleh nampak. Terhibur jugak laa dgn mereka semua tu.




Kat rumah umi xda amik gambar org makan ka hapa. Aku amik gambar kucing2 ni ja. Aduii comel sungguh. Geram tgk. Gebu2 semuanya.

Lama jugak kami kat rumah umi. Sempat jugak solat maghrib dan makan lagi memandangkan aku rasa agak sedikit lapar. Hehe. Lebih kurang pukul 9 malam, kami pulang ke rumah. Sampai rumah dekat pukul 10 malam sbb nak bagi daging korban kat rumah makcik, pakcik, atok nenek teha kot. Tak ingat sangat. Dah sampai rumah, takda buat apa2 tapi pegi tgk tv kejap. Sebelum terlupa, solat isya' dulu dan lepas tu kami tidur. Penat memang penat tapi best. Raya kan, mesti la pegi rumah orang. Takkan duk rumah ja. Hehe

Keesokan harinya iaitu hari sabtu, kami sarapan macam biasa makan nasi lemak. Lepas makan, teha ajak kami jalan pegi Banting. Sesaja jalan nak tgk bandar banting. Takda beli apa2 pun. Hehe. Lebih kurang pukul 12.30 tgahari, kami sampai rumah. Sebelum tu, pegi hantar mama kat rumah ibu. Sampai ja rumah teha, tengok mak teha kat dapur tgh buat spaghetti. Alahaii rajinnya mak teha ni. Tak lama lepas tu, spaghetti pun siap. Malu lak nak makan. Tolong pun tak. Huhu. Tapi dah di ajak makan dan dah siap hidang pun atas meja tu. So kami makan ja lah. Hehe. Serius sedap ! Yummeh sangat ! Aku siap tambah lagi kot. Tambah tu macam lagi banyak dr yg di hidang. Haha.

Lepas makan, kami solat zohor sbb teha kata suha nak balik awal. Jadi dia kata lepas zohor around 3 pm dia hantar balik UM. Dan2 plak lepas zohor tu p tidur. Haha. Bangun2 ja pukul 3.45 ptg. Memang x laa balik pukul 3. Mungkin teha tgk kitorang tidur kot sbb tu la jadinya balik lepas asar. Lepas solat asar & kemas barang, kami minta diri nak balik kolej. Balik tu lak naik saga WTW. Erm rindunya nak naik 7 org dlm tu. Haha. Sebelum keluar dari kampung bandar, kami singgah amik mama kat rumah ibu. Sampai kat rumah ibu, nampak lak dak tecik medina. Comel sungguh !

Perjalanan ke UM petang tu tak jem sangat (maybe). Terasa cepat pulak sampai kolej. Tapi tgk jam ada la lebih kurang sejam lebih dari rumah ke UM. Alhamdulillah, merasa jugak beraya kat rumah kawan sorang ni. Nanti nak terai jugak beraya kat kelantan. Insya Allah kalau panjang umur, murah rezeki :) Apa2 pun, saya sukaaaa sangat ! Best pegi PD & best jugak pegi banting. Masing2 ada keistimewaan tersendiri. Tapi mesti ada tempat2 yg lagi best kan kat banting tu yg kami x sempat pegi. Insya Allah one fine day :) Hehe Teringin sangat nak bertujuh atau berempat ja pegi sana jalan2.  Tak kesah la pegi mana asalkan dapat luangkan masa bersama. Miss uolls :')

7 comments:

  1. blogwalking sini.

    Follow back http://schasyahiera.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. hai zie jalan2 sini, seksanya kalau raya di perantauan kan.
    http://jepunmari2.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. seksa la jugak tapi ok la sbb rasa jgk pengalaman raya kat tempat org :)

      Delete
  3. comel kucing.. done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete