Monday 14 September 2015

Induksi surau 1 *hari pertama*

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni genap lah seminggu berada di universiti malaya yang tercinta. Keh3. Dah sem 3 ni, subjek ada tough sikit laa. Sem 1 dulu banyak belajar pasal quran (gituuu) dan sem 2 ni banyak belajar pasal hadith. Ya Allah, kuatkan hamba Mu ini. Okay, bukan pasal subjek atau cerita sem ni yg mau disampaikan. Sesaja nak share sikit pasal induksi surau yg pertama utk sem dan tahun ni. Antara yang terlibat dalam induksi ini hanya MT (majlis tertinggi) dan Exco surau sahaja dibawah pimpinan 7 orang fasi (3 lelaki dan 4 perempuan)

Induksi surau yang pertama bagi hari pertama diadakan pada 12 September 2015 bersamaan dgn hari sabtu. Pada pagi sabtu, para MT surau dikehendaki utk turun awal ke surau sbb nak siapkan sarapan buat ahli exco yang tercinta. Keh3. Sebenarnya tak ada la awal mana pun. Turun awal setengah jam ja dari ahli yang lain. Tepat pukul 9.30 pagi, kami diminta berkumpul di ruangan muslimin. Sebelum aktiviti dimulakan, Hazzani bacakan sikit tentatif untuk hari yang pertama. Katanya, induksi ni sampai pukul 6 ja. Jadi, x boleh naik bilik sbb malam free. Hehe. Lepas tu, kami diminta menyanyikan lagu tema induksi satu dan kami juga dikehendaki menyanyikan lagu ni sebelum apa2 aktiviti dimulakan. Lagu yang bertajuk Majulah Hai Sahabat yang dicadangkan oleh saudara Farid Azlan. Dah habis nyanyi lagu tema, aktiviti dimulakan dgn sesi taaruf. Macam biasa la kan kalau ada apa2 program, mesti ada taaruf. Tak kenal maka tak cinta.

Dalam sesi taaruf, fasi yang conduct slot ni ialah kak Feezy. Kami diminta untuk menulis nama tokoh yang dikagumi diatas secebis kertas yang diberi. Kertas tu laa yang jadi "name tag" kami sepanjang induksi berlangsung. Tokoh yang aku pilih ialah MARYAM. Ada juga tulis Muhammad Al Fateh, Sumayyah dan macam2 lagi. Dah siap tulis nama semua, kami diminta dtg kehadapan bagi memperkenalkan diri. Bagi tau nama, asal, tahun ke berapa di UM, kos dan sebab kenapa pilih nama tokoh tersebut. So, dari sana la kita tau macam2 sifat tokoh tu.

Haa, macam ni laa rupa kertas tu. Aku buat simple ja. Boleh laa asalkan ada dan org boleh tgk dari jauh. Haha.

Selepas sesi taaruf, kami diminta utk buat bulatan (gabung muslimin muslimat tp jarak sikit wokeyy). Fasi bagi gula2 kat tengah2 bulatan tu dan diorang suruh kami ambil seberapa banyak gula2 tu. Katanya gula2 tu utk bekalan kami selama 2 hari. Maka, berebut rebut la semorang. Tapi aku rasa macam ada something ja dgn gula2 ni. Cehh~ Rupa2nya, akak2 ni suruh kami tanya soalan ikut seberapa banyak gula2 yg di ambil. Sesapa yg ambil banyak tu, banyak laa soalan dia dapat. Seb baik aku amik sikit ja. Haha. Bermula dgn Shameer, Syafiq, Shahrul, Fansuri, dan seterusnya. Tapi disebabkan kekurangan sedikit masa, muslimat diminta membahagikan gula2 yang ada. So, majoriti kasi tinggal dua biji gula2 ja. Jadi ada 2 soalan ja la yg akan di tanya. Fasi2 pun boleh tanya soalan gak kat peserta. Nak dipendekkan cerita, aku dapat la satu soalan ni yang sampai sekarang masih terfikir dan tertanya2 apa sebenarnya jawapan yang tepat dan dikehendaki oleh si penyoal soalan tersebut. Haishh. Geram pulak. Tanya soalan yang pelik2 dan susah aku mau paham. Kenapa aku rasa geram dan sentiasa terfikir2 soalan tu ? Baca la post kedua nanti. Huhu

Selesai sesi soal jawab semua tu, sesi refreshment pulak. Sarapan pagi ler kitee~ Dah sarapan, ada slot pengisian yg bertajuk Ukhuwwah disampaikan oleh mantan bendahari PMIUM. Banyak la jugak input yang diterima daripada penyampai pengisian tersebut. Tepat pukul 12.30 tengah hari, kami semua makan tengahari. Sementara menunggu waktu zohor, kami tidur kejap (qailulah). Selesai solat zohor, ada LDK bagi output kepada input pagi tu. Kami diminta menghasilkan masakan melalui bahan2 yang disediakan. Antaranya ialah 2 buku roti, salad, mayonis, telur, sosej dan macam2 lagi barangan masakan surau. Fasi2 cakap, apa yang korang masak ni la yang kita akan makan petang nanti. Masak2 ni merupakan cadangan fasi yg bernama Haziq. Kami bincang2 sikit nak buat apa dgn semua bahan yang dibagi ni. So, kami memutuskan utk buat sandwich telur dan salad mayonis. Dah siap sediakan semua & dah habis masa, kami pun diminta utk menyatakan kesimpulan yang kami dapati dari LDK tu.

Lepas tu, kami diminta membahagikan 3 kumpulan (2 kumpulan muslimat, 1 kumpulan muslimin) untuk main game yg dinamakan "kepercayaan" hasil drpd idea Farid Azlan. Caranya ialah setiap kumpulan tadi membentuk satu bulatan kecil, sorg berdiri di tengah then org kat tengah tu akan menjatuhkan dirinya sama ada ke hadapan atau ke belakang. So org kat depan atau belakang kena ready untuk sambut org yg kat tengah tu. Maksud kepercayaan di sini ialah org yang kat tengah tu kena yakin dan percaya bahawa ada sahabat mereka yang akan sambut sama ada dari belakang, depan, kiri or kanan. Haa, macam tu la kisahnya. So, kepercayaan tu amat penting dalam apa jua keadaan. Tapi jangan "lurus" sangat plak. Main game ni pun boleh tahan penat jugak. Bukan penat apa, penat gelak ja. Haha. Sekaligus senaman pipi gitcheww~ Dah habis main, kami pun "minum petang" hasil dari masakan kami sendiri. Haha. Fasi pun kena makan kayy. Muslimat sediakan air dan salad ja. Muslimin plak sediakan telur rebus untuk letak dalam sandwich tu. Siap ada cara tersendiri lak tu. Kreatif sungguh!  Haha. Hambek kau, rasa air tangan muslimin >.< Sedap la jugak tapi aku dah kenyang masa tu. So, makan sikit ja. Hihi

Selepas solat asar, ada aktiviti riadah plak. Riadah pada petang tu dikendalikan oleh kak Aisyah Munirah. Kami diminta untuk membawa kain batik/kain pelikat. Macam biasa la, main belon air. Petang tu ada 3 game. Nama bagi game yang pertama ialah "fly bird fly". Boleh tahan best jugak game ni. Cara2nya, fasi letak dalam 6 helai surat khabar di tempat yang berasingan. Para peserta umpama burung dan surat khabar tu umpama sarang burung. Kami diminta berkumpul di tengah dan lepastu "berterbangan" mencari sarang burung. Bila fasi kata stop, kami kena la berebut ke sarang. Haha. Game ni ala2 main rebut kerusi la tapi ditukarkan kpd sarang burung. Hehe.So, siapa yang lambat dan x dapat masuk ke sarang (pijak surat khabar) tu, dia dikira kalah dan terkeluar.

Game kedua ialah makan epal yang diikat dengan tali. Alaa, macam biasa la, kena gigit epal tu sampai habis tanpa pegang menggunakan tangan.

Orang sibuk kat belakang tu siapkan tali semua, dia dok buat peace pulakk. Haha

Kami diminta mencari pasangan untuk menghabiskan sebiji epal yang diikat tu. Aku partner dgn Aliaa dan akhirnya kumpulan kami menang sbb dpt habiskan epal tu. *clap ur hand* Ada satu lg kumpulan lelaki yang berjaya makan epal dan menjatuhkannya ke lantai. Haha. Lawak laa bila diingat semula. Macam mau tercekik pun ada bila Aliaa suruh gigit lagi epal tu padahal ada lg epal dlm mulut belum habis kunyah. Haha.

Game yang ketiga pula ialah main belon air. Volley balloon katanya.

ni gambar sem lepas :'( sob sob. gambar tahun ni x ambik sebab aku pun join main skali. x sempat tangkap gambar. biarkan ianya hanya dalam memori ku :') acewahh. kalau ada gambar latest, nanti aku update lagi

Belon air sudah pun tersedia di dalam 4 baldi. Banyak wuuu~ Kami diminta membahagikan 2 kumpulan. Satu kumpulan muslimin dan satu kumpulan muslimat. Ermm, siapa pernah main game ni mesti tau macam mana rasanya kan. Lagi2 kalau kena basah. Haha. Memang best gila main game ni. Aku rasa aku penat lebih sebab gelak ja. Maaf kalau saya ter"over" petang tu sebab best sangat. Huhu. Sangat berpuas hati bila kita dapat sambut belon air tu guna kain batik. Rasa geram pun ada jugak sebab muslimin suka attack orang. Kesian la org tu kena basah kalau x dapat sambut. Hehe. Tapi x apa lah sebab motif main belon air ni pun utk basahkan org. Haha

Tepat pukul 6 petang, kami semua menamatkan permainan. Tahniah dan takziah la kepada sesiapa yg terkena basah tu (termasuk aku skali). Kami diminta untuk membuat resolusi daripada game tersebut. So, resolusinya disini, kita kena ada strategi yg betul, kerjasama sangat penting, fokus dan macam2 lagi. Bila semua orang dah penat, kami semua naik bilik bersihkan diri dan rehatkan diri. Malam boleh tidur awal sebab tak ada apa2 aktiviti.

Sekian untuk cerita induksi surau 1 pada hari pertama. *bersambung*

No comments:

Post a Comment