Wednesday, 26 February 2014

rehlah majmu'ah 5

Assalamualaikum .

Fuhhh, penatnyaaa . Rehlah yg hanya 2 hari 1 malam, insya Allah dpt memberi 1001 kenangan manis buat kami semua . Huhu . Penat memang penat tapi sangat2 menyeronokkan . Macam2 aktiviti yg kami lakukan . (apasal ayat mcm formal sgt ni . haha)
Dimulakan dgn perancangan perjalanan pukul 2.30 ptg (24 febuari), tapi kereta alza lambat sampai . So, berubah sikit masa tu . X kisah la kan . Jalan punya jalan, 2 buah kereta ni terlajak pegi kuala krai . Patut laa jauh ja perjalanan ni . Peristiwa sepanjang perjalanan tu x payah cerita la kan . Memang men'seteresskan' sangat2 . Haha
Sampai ja kat putra valley, terus solat asar & pukul 5.30 tu di mulakan dgn aktiviti lasak jugak laa (ala2 plkn gituu) . Dah laa x panaskan badan sblm buat aktiviti tu, memang sakit2 badan la jadinya . Main kat tayar tu ok lg tp bila start kat lumpur, kena buat la jgk sbb semua org mesti kena semua tu . masuk dlm terowong gelap, main gelongsor kat busut & last skali buat water confident . Alahaiii , confident sgt laa kan . Hahaha . Haaa , start dari sini la gosip dr bdk laki bermula . Huhu . Water confident dimulakan dgn bdk laki . Tym aku & teha nk buat "confident" tu, memang takut lemas jgk laa tp dah ada life jacket, selamat la jgk . Hahaha . Dah masuk dlm air tu, aku ni memang x reti berenang, jd pakcik yg jaga kat sana tarik aku jauh dari teha . Pakcik tu kata, awak tenang ja . Tiba2, sorg dr bdk laki ramai2 tu (wanzir), jerit nama aku . "weii2, tolong sifah!! mirul2 !! sifah hanyut !" hahaha . Masa ni aku memang malu gila2 . X tau dah nk sorok muka ni kat mana sbb bdk laki yg lain pun support jgk apa yg si wanzir tu cakap . Aishhh . Tapi mirul cool ja kot . Haha . Terkejut jgk laa wanzir buat mcm tu . Aku x tau mcm mana & dari mana dia tau aku & mirul ni . Sabar ja lah bila dibuat mcm tu . Dah la masa tu semua bdk kelas ada kat air tu . Biar laa kalau dorg dengar . Dah settle dlm air, kami naik bilik & siap2 utk bbq malam tu .
Bbq lambat mula malam tu, lebih kurg dekat2 pukul 10 . So, habis pun lambat laa . Dalam pukul 1.30 pagi jgk laa . Masa bbq ni pun aku kena jgk . Aduiii . Wanzir ni memang tau semua cerita eh ? Hahaha . Dimulakan dgn aktiviti tukar2 hadiah disamping makan2 sementara tunggu ayam2 tu masak . Giliran aku lambat lagi . Tapi rancangan/ target aku nk bagi hadiah ni kat mirul x berhasil . Haha . Takut jugak kalau aku dapat bdk laki . Habis laa ditanya pasal mirul nanti . Huhu . Sampai giliran aku, aku dapat no 317 iaitu nani . Soalan2 yg ditanya ialah , 1) apa erti persahabatan ? aku jawab, tolong kwn tu kalau dia perlukan bantuan & hargailah kawan2 anda. 2) nak kahwin dlm umur berapa ? (lbih kurang mcm ni la soalan dia) aku jawab, lepas degree ni insya Allah dpt kan kerja dulu, kalau dah kerja boleh laa nak kahwin . 3) apakah ciri2 bakal suami yg diingini ? aku jawab, dia mestilah beragama, hormat ibu bapa & x merokok . Masa ni, wanzir dah fokus kat aku . Alahaiii . Apa lagi dia mau cakap ni . Grrrr . Lepas tu, wanzir dah start bahan aku . Dia cakap, "haa, semua tu dah cukup dah (sambil tgk mirul)" . Kena lagiiiii . Geram jgk kat wanzir ni . Sebenarnya ada lg yg nak dicakap dlm soalan ke 3 tu, tp wanzir dah kaitkan semua tu dgn mirul, jd aku x dapat laa meneruskan jawapanku . Huhu . Malam tu pun mirul cool jgk . Malas nk layan org2 mcm tu . Haha . Habis tukar2 hadiah, makan2 & bergambar, kami kemas2 barang & naik bilik (tidur)
Keesokannya (25 febuari), aktiviti seterusnya dimulakan dgn flying fox . Sebelum tu, ada demo sikit laa . Dimulakan dgn bdk laki jgk . Gayat memang gayat tp aku nak cuba jgk (jangan lepaskan peluang) . Hehe . Abang & pakcik kat sana dah kenal muka2 ni . Haha . Masa dah kat atas, siap sedia lapor diri & sebelum dilepaskan tu, aku minta kat abg tu supaya jgn tolak dulu sbb x sedia lg . Haha . Tapi, bila dah dilepaskan rasa best pula . Weheeeee . Lawak2 jugak laa bila dgr kwn2 lapor diri tu . Macam2 suara didengar .
Lepas flying fox, main motor ATV pula . Ni yang best ! Siapa x tau motor atv, sila tanya pakcik google kayy . Mula2 naik tu memang rasa takut jgk laa sbb ni la first time aku naik benda ni . Haha . Tapi, bila dah biasa rasa macam nak naik lagi . Kami dibawa pusing2 sekitar kawasan tu . Ada turun bukit, naik bukit & bermacam2 laluan . Cehhh . Lepas tu, main kayak pula . Aku naik dgn jiha . Alin mesti la dgn anis & teha pula join group kedua . Kami muka ala2 otai ni group pertama . Haha . Join bdk laki pula tu . Mula2, pakcik tu suruh main2 dulu . Main siram2 pula tu . Hahaha . Ingatkan just naik kayak ja, rupanya ada lagi masuk dlm air tu . Alahaiii . Aktiviti yg ni pula cara macam mana nak selamatkan diri kalau kayak terbalik . Pakcik tu ajar sblm kami buat . Mula2 pusing2 tasik tu sblm kayak diterbalikkan . Pusing punya pusing, jumpa dgn wanzir . Aku apa lagi , dah geram dgn dia , aku pegi siram air kat dia pakai paddle tu . Haha . Dia cakap, "sifah ada hutang dgn aku . nanti aku balas" Hoho . Balas laa . Aku x takut pun . Haha . Dia siap panggil2 mirul lagi . Sudah2 la tu wanzir .
Aktiviti lepas tu aku x tau apa nama dia . Tapi memang sangat memenatkan & menyeronokkan . masa yg imbang badan tu, 2 kali jatuh & 2 kali telan air tasik . Huhu . Macam2 lg laa aktiviti tu . Bila dah penat, aktiviti yg last tu malas nk buat betul2 sbb pakcik tu asyik kacau2 ja . Lepas habis semua aktiviti, kami naik bilik, bersihkan badan & kemas2 barang nak balik . Sebelum balik, kami ambik gambar utk kali terakhir bersama di putra valley . Huhu
Kami singgah makan pizza jap utk menghabiskan duit kelas yg berbaki  tu . Memang riuh la kan dlm pizza tu . Segala kenangan yg tercipta tidak akan dilupakan . Rindu semuanyaaa . Macam nak lagi main sama2 kat putra valley tu . Semua dah x sorok2 lg . Start dari wanzir . Entah kenapa la asyik bahan aku dgn mirul . Huhu . Mirul kata "bdk baru nk up, memang mcm tu . kita layan je . ikhwah memang mcm tu . semua nk heboh . xpe lah, kenangan last sem . tapi ukhuwwah kita TERBAIK !!" Sayang majmu'ah 5 sangat2 .
Sebenarnya banyak lg cerita yg tidak diselitkan dlm cerita2 ni . Biarlah ia menjadi kenangan termanis buat kami semua . Sedih nak berpisah . Kalau jumpa kat umkl nanti, tegur2 lah . Jangan sombong pula . Hehe :') Macam yg wanzir cakap, insya Allah kita buat reunion kat KL nanti :D