Wednesday 23 May 2012

Kenapa kerap ulser mulut ?

Assalamu'alaikum .

Selamat pagi & selamat berhari rabu . hehe . Alhamdulillah masih dipanjangkan umur .
Hari ni saya ingin berkongsi serba sedikit info mengenai ulser mulut .
Bajet jew nak jadi doctor kejap . keh3


Saya dapat info ni dari internet jugak sebab sebelum ni "cik ulser" selalu datang ke mulut saya .
Nak makan pun susah . Kadang2 sanggup x makan semata-mata menahan kesakitan ulser nih :( .
Okay , actually saya malas nak copy & paste or type segala ayat2 yg panjang lebar tu .
Kalau nak tau info tentang ulser dgn lebih lanjut sila klik SINI .

Assalam :)

Monday 23 April 2012

Reunion Friends Forever

Assalamu'alaikum .

Hey , hey , hey . Kemarin kami baru ja buat reunion kat SABAH ORIENTAL HOTEL.
Happy yg tidak terhingga derr~ ahaks !
Best giler dapat jumpa kawan sekolah lama . weeee~
Susah nak explain macam mana kegembiraan aku neyh .
Tapi , paling menyedihkan bila wakil form kami buat ucapan . hmm~

ZULKIFLEE :)

Ayat dia yg buat aku sedih . Hmm , xpa laa .
Yang penting kalau panjang umur nanti boleh jumpa lagi . InsyaAllah .
Di harap , dgn tema UKHUWAH DULU , KINI & SELAMANYA akan kekal sampai bila2 .
Biarpun x semua kawan2 yg datang , tapi insyaAllah kalau ada kelapangan , kita akan jumpa di lain hari .
Aku akan jadikan ini laa kenangan yg xkan dilupakan sampai bila2 .


Di samping kami buat perjumpaan ni , kami ada sambut befday seseorang .
Aku ada amik gambar dia . Tapi , x nak laa letak kat sini . Nanti dia marah . heee~
Kek ja laa aku bagi tengok ek .


Sedaaaapp sangat2 ni kek . Nyum3 . Aku ada ambil jugak . Bawa pi rumah . hehe .
Makanan ? Hmm . Makanan2 kat sana pun sedap2 juga .
Banyak sangat makanan kat sana tu . Sampai aku x tau nak makan yg mana satu . HAHA
Dah jadi rambang mata lak . hehe . Kalau x silap ada 60 jenis makanan .
Fuyyyooo . Banyak tuu . Ngeee~
Alhamdulillah . Aku dapat makan macam2 makanan yg aku rasa aku nak makan .
Makanan yg pelik2 tu aku x nak makan . Terutama sekali ikan salmon . perrrgghh !
Salihah cakap , ikan tu sedap . Tapi aku x nak ar makan . hehe
Lepas makan2 , acara kami ialah "tukar-tukar hadiah" . Macam2 hadiah yg ada .
Aku dapat hadiah dari rakan twitter aku jugak . Dari Cik LeeAna .
Korang nak tengok tak ?? Hehe . Jap eh .

Eh2 . Korang nak tengok jugak apa isi nya ni ?? Hehe . Kejap2 .


Tengok nii . Comel kan ? Jangan cakap x comel yee . Nanti kecik hati pulak kawan aku nih .
Seriously , aku suka sangat2 benda ni . Dalam bottle ni ada ucapan taw !


Okayy kawan . InsyaAllah aku akan jaga bottle ni baik-baik. Comel sgt2 ! :)))
Lepas tukar hadiah , kami semua sibuk dgn camera & henpon masing2 .
Sesi bergambar pun telah bermula . hehe .

PUTERA :)


PUTERI :)
Masa ni , banyak sangat cameraman yg nak amik gambar kami . HAHA :P
Macam artis lak kami neyh . ngeee~
Sebab tu laa macam 2 gaya yg korang tengok . hehe .
Okayyyy , sampai sini sahaja entry kali nih .
Dah panjang berjela2 aku type nih  . Hehe .
Semoga jumpa di lain hari . :')
Wassalam .

Tuesday 28 February 2012

Pelbagai Aksi Kucing =)

Assalamualaikum .

Hari ni , saya mau share sikit aksi2 kucing yg comel nih . Hehehe


HAHAHAHA .

sedapnya kek ni . wahaha

kucing pun boleh melatah bila nmpak DOMO

air paip pun jadi laa . haha


kucing makan kaktus . tajamnya gigi dy


testing2 . haha . kucing pun mau nyanyi jua .

kucing yg ROCK !!

bila kucing mkn ice cream , lidahnya pun bwrna jgak . haha

yeaaaahhhhh!!!

Friday 20 January 2012

Pengorbanan Seorang Ibu

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. 
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
 
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.