Friday 6 February 2015

Reunion Majmuah 5 '94

Hari tu masa tgh delete post yg lama & merapu ntah apa2, aku TERbaca pasal plan mau reunion majmuah yang akan diadakan lepas rehlah kat putra valley tahun lepas. Banyak betul dugaan mau jumpa kawan semajmuah bila dah degree ni. Maklum laa dah x sama kelas. Semuanya berpecah2. Nak buat masa ni, ada yg buzy lah, itu lah, ini lah. Bila tanya bebudak ni, ada yg x bagi respon, senyap camtu ja. Hmm. So ada laa budak2 yg tolong aturkan reunion majmuah kali ni sbb kalau x ada org yg aturkan, mmg x bergerak laa plan kali ni. Bebudak lain tolong bagi jawapan sama ada SETUJU atau TIDAK ja. Erm, x susah pun kan. Hehe

Bincang punya bincang, keputusan sudah pun dibuat. Maka reunion majmuah 5 pun diadakan pada 12/12/2014, bertempat di KFC dekat2 dgn kk9. Sebenarnya reunion ni dah lama tapi baru nk story mory kat sini. Kiranya macam throwback la jugak. Hehe. Masa & tempat dah decide tapi x semua dapat datang. Takpa lah, mungkin dorg ada hal masing2. Kita tak boleh paksa pun kan ? :) Inshaa Allah, lain kali kita buat lagi.

Sehari sebelum reunion memang x sabar2 nak jumpa semua sekali. Nak tengok muka2 mereka yg dah lama & jarang sangat nak jumpa. Kalau jumpa pun just say "hi" ja & x ada masa mau borak lelama. So, waktu reunion ni lah kita dapat menatap muka memasing. Ada yang kata org ni makin berubah, ada yang kata org ni maintain ja & macam2 lagi. Serius cakap, malam tu memang happening gila ! Hepi hepi pun, ada juga yang sedih dalam kegembiraan *amboi ayat!*. Yalah, dah lama x jumpa kan. Tu yg emosi sangat. Akhirnya terluah juga kerinduan. Keh3

Bebudak laki ni lain pula. Perangai x ubah dari nilampuri. Asyik nk membahan ja. Kesian kat kawan aku sorg ni tapi aku pun apa kurangnya. Kesian jugak. Huhu. Bebudak ni asyik dok tanya "mana Amirul?". Aku jawab "entah" ja. Haha. Malas mau layan. Bebudak ni tau sebenarnya tapi saja la tu kasi kena aku. Hmm. Amirul & Afif x dpt datang malam tu sbb ada dinner JAPI. Zahir pula x tahu & x ingat pula kenapa dia x dpt dtg. Aidil pula x dpt datang sbb abang dia kahwin kot. Perempuan pula ada 8 orang xdapat datang.

Lepas makan2 kepsi semua, ada sesi taaruf utk kesekian kalinya. Just nak tau jabatan apa ? kolej berapa ? and pengalaman dalam kelas baru masing2. Dari sana la dapat tau keadaan kawan2 kita ni macam mana dalam kelas/jabatan dorg. Walaupun duk satu kolej, ada juga yg x perasan budak tu kolej dia jugak. Mungkin sbb kolej tu besar & jarang berjumpa. Lain laa kolej aku yg kecik & senang nak jumpa terutama skali si sedi :p Kah3

Okay takmo cakap banyak. Nak tunjuk sikit "kemeriahan" reunion kami ni. Tak meriah di mata anda tapi sangat meriah & memberi 1001 kenangan di hati ni. Hehe


ini lah muka2 jejaka majmuah 5 '94 yang dapat hadir malam tu. (sanggup berlapar kononnya dari pagi semata2 mau jumpa semua & makan kepsi bersama) ada lagi 4 org jejaka yg meleTOP kebaboom! gitu~ haha 





semangat ye wanzir


makcik ni pun ada sekali. hehe



bergambar dgn retiss katanya









amboi wanzir >.< *acah2 calon PRK pula. haha

arimi (dak berkopiah) tgk sedi semacam ja. haha

camera henset wanzir paling smart. ada camera depan wuu~ haha


Tadaaaaaa~ Reunion yang dinamakan "Reunion 1.0 Majmuah 5"


jejaka2 ni tunggu kami sbb x balik lagi. good boy *eh eh

Sebelum semua akhowat balik, para ikhwah sejati ni tunggu kitorg sbb kereta yg kami sewa ada satu ja. Kereta kenari tu sewa dari senior sekolah mizah :) Para ikhwah yg sejati ni baik sangattt. Keh3. Tak habis lagi cerita kat dalam, sambung cerita kat luar pula. Ish3. Sabar ja lah melayan perangai dorg ni.

Sekian, itu sahaja dari saya. Banyak lagi gambar ni tapi cukup lah ini ja gambar yang terpilih & maaf kepada sesiapa yg tiada dalam gambar & maaf kalau asyik muka2 tu ja yang ada. Haha. Thanks for reading. Acecehh~