Friday 17 February 2017

TRIP TO SABAH -DAY 2-

Disebabkan malam tu x dapat tidur lena, kemain awal kawan2 aku ni bangun. Sebelum subuh masing2 mengadu kesejukan. Haha. Awal subuh masing2 pergi mandi jugak walaupun water heater tu dah x berfungsi. Nak x nak, terpaksa la mandi air sejuk awal pagi. Huuu~ Sorang ja lah yang menyempat masak air untuk mandi. 😁 Kami bersiap awal pagi tu sebab dah janji dengan Amin untuk check out pukul 8 pagi. Sebelum sarapan, kami keluar jalan2 kat area tempat penginapan kami tu. Nak tengok sunrise & ambil gambar Gunung Kinabalu yg jelas sangat kelihatan.




Selesai sarapan, tour guides kami pun dah sampai. Kami check out dan terus gerak ke Kundasang. Sebelum tu, kami singgah kedai makan kejap sebab dua org tour guide ni x sarapan lagi. Lepas tu, kami terus ke DESA DAIRY FARM. Bayaran masuk RM3 seorang. 




Di sini boleh laa acah2 New Zealand di tambah dengan lembu2 yang sihat. Lama jugak laa kami kat sini. Hampir 2 jam. Lepas puas ambil gambar, kami masuk ke kawasan anak lembu & anak kambing. Kalau nak bagi makan rumput & bagi minum susu kena keluar duit sikit la. Tak banyak pun. RM 1 untuk rumput, RM 1.50 untuk susu. Apa yang aku perhatikan, dulu anak kambing & anak lembu banyak tapi sekarang macam kurang sikit. Tapi tak apa lah, asalkan dapat merasa bagi makan rumput & minum susu.



Lepas tu, kami masuk semula ke dalam bangunan nak beli aiskrim yogurt & chocolate. Susu coklat pun beli jugak. Semua yummehh! Aiskrim tu RM 5.30 & susu coklat RM 7 beberapa sen ntah x ingat. 
tadaaaa~ 

Kami sempat tengok artis shooting kat sini cerita Syurgaku Tak Sempurna di HyppTv. Ada Shah Iskandar, Aedy Ashraf, Uqasha Senrose & lain2 lagi. Aku punya lah terkejut nampak Shah Iskandar masa nak beli aiskrim tu. Adoii. Mata x berkelip tengok dia. Haha. Sempat jugak la bergambar dengan dia. Kemain senyum sampai telinga lepas amik gambar tu. Haha.

 tengah shooting

weheeee~

Tepat pukul 11 pagi, kami bertolak ke SABAH TEA di Ranau. Sampai di sini, cuaca agak panas sedikit berbanding di Kundasang. Waktu tengah hari macam tu, sempat pulak "berhindustan" di tengah2 ladang teh. Haha. Habis sunburn muka duk tengah2 panas. Sebelum balik, kami sempat try minum Air Teh Nalapak. Harga boleh tahan la dalam RM 6 lebih. Kalau sekadar nak rasa, boleh laa kongsi dengan kawan.



Air Teh Nalapak

Puas berpanas di tengah2 ladang teh, kami ke TAGAL SUNGAI MOROLI FISH SPA. Ladang teh & Fish Spa ni dekat2 ja. So, macam biasa lah, Bayaran masuk RM 5 seorang. Sebelum masuk, kami beli makanan ikan sikit, nak bagi ikan2 tu makan. Masuk dalam sungai tu, merasa jugak laa ikan2 yang sederhana saiznya gigit2 kaki. Ikan2 besar cuma makan makanan dia ja. Ikan besar tu x menggigit pun, ikan kecil ja yang berperanan makan kulit2 kering kat kaki. Mula2 masukkan kaki, rasa la geli sikit bila ikan tu lalu kat kaki. Rasa sakit mencucuk sikit la bila ikan kecil tu gigit kaki.



Tempat terakhir kami ialah PORING HOT SPRING. Anak-anak, mohon sediakan RM 3 seorang yee. Semua kawan2 aku ni nak try Canopy Walk tapi aku xmau lah. Cukup sekali naik 7 tahun lalu. Tour guides kami tu plak pegi mandi manda dan aku cuma jadi penunggu mereka semua. Haha. Hashtag Biar Aku Jadi Penunggu😝 Sebelum diorang naik, Amin siap ingatkan semua kena kumpul di kereta pukul 4.15 petang. Baik boss. Lepas aktiviti canopy walk, kami pergi rendamkan kaki kat air panas. Tak mandi pun kat sana, takut x sempat.


Canopy Walk

Lepas tu, kami terus gerak ke KK. Good bye Ranau, Kundasang & seisinya👋👋 Ada rezeki kita jumpa lagi. Dalam perjalanan pulang ke KK, Daus buka plak lagu Gerua. Haha. Feeling2 hindustan katanya + angin yg sejuk di Kundasang. Hampir sepanjang perjalanan kami tu dipenuhi lagu hindustan. Haha. Memang menghayati sungguh. 💃 Kami sampai KK pukul 7 malam dan terus ke Todak Waterfront nak makan seafood yang fresh dari laut. Pengorbanan yang berbaloi bila terpaksa menahan lapar dari Ranau dan akhirnya dapat makan seafood sepuasnya. Tapi sedih lah sebab ada separuh ikan x habis sebab kenyang sangat. Habis duit jugak laa tapi puas hati sangat. Harga seafood tu ikut kilo taw. Total makanan kami RM182 untuk 7 orang makan. 

KAMI 😉

Selesai makan, kami "exercise" di pasar malam Kampung Air. Aku cuma cuci mata ja kat sini & temankan yang lain beli ole-ole. Siapa2 nak shopping, beli ole-ole baju, key chain, gelang, topi, untuk kawan or family, memang sesuai lah kat sini sebab boleh dapat harga murah. Tawar lah pakcik, makcik, abang, kakak tu sampai dapat murah. Balik semenanjung nanti mesti menyesal sebab x dapat shopping puas2. Haha. Dah penat "exercise", kami check in di Promenade Service Apartment kat Api-Api Centre. Harga apartment ni RM 150 sehari. And last, tidurrrrr~

*to be continued*

DESA DAIRY FARM (RM 3 seorang)
➨ SABAH TEA (free)
➨ TAGAL SG MOROLI (RM 5 seorang)
➨ PORING HOT SPRING (RM3 seorang+ Canopy Walk RM 3 seorang)
➨ PROMENADE SERVICE APARTMENT (RM 150 sehari)

TRIP TO SABAH -DAY 1-

Seawal pukul 5 pagi aku bangun untuk bersiap. Semangat ni awal pagi nak kejar teksi pergi KKIA.  Lebih kurang pukul 7.30 pagi, aku & kakak aku bertolak ke KK. Perjalanan kami pagi tu berjalan dengan lancar & kami selamat sampai di KKIA pukul 8.55 pagi. Haha. Awal ngatt 😜 Kawan2 aku yg dalam flight tu pun x sampai Sabah lagi. Tunggu punya tunggu, akhirnya mereka selamat sampai Sabah. So, WELCOME TO SABAH ! Tapi kena tahan jap sebab x bawa passport. HAHA. Aku pun mana la tau yg dorang kena bawa passport. Tak ada laa kena tahan sangat cuma disuruh isi borang kecik sebagai passport sementara ja. Tengah menunggu kawan2 aku tu, Amin pun sampai. Aku cuma angkat tangan & say "hi" ja. Maklum laa lama x jumpa, awkward kejap. Aku perasan Amin "semakin sihat". Haha. Lebih kurang pukul 10 pagi, baru laa nampak batang hidung 4 orang gadis ni. Kami terus cari kereta Exora & ready untuk pegi Kundasang.

Tempat 1st yang kami pergi ialah RUMAH TERBALIK SABAH yang terletak di Tamparuli. Tapi kami x masuk dalam pun sebab rumah2 ni ada ja kat KL or PD. So, tengok dari luar ja lah. Tempat kedua pula, JAMBATAN TAMPARULI. Naik jambatan ni x bayar pun. Kami sekadar ambil gambar & pengalaman naik jambatan ni. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Awal perjalanan, semua masih "segar" lagi sambil menghirup udara yg sejuk. Pertengahan perjalanan, aku tengok kawan2 aku semua terlelap. Penat sangat agaknya naik flight 2 jam 30 minit. Hee~


Jambatan Tamparuli

Kami singgah di PEKAN NABALU utnuk ambil gambar, shopping sikit2 & beli makanan sebagai alas perut sebelum sampai Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, adalah lebih baik kalau buka tingkap sebab angin sejuk sangat, x payah guna aircond. Tempat yang seterusnya ialah KINABALU PARK. Bayaran masuk Kinabalu Park ialah RM3 seorang.


Kata Amin, suhu di Kinabalu Park ni boleh mencecah -1 pada waktu malam. Sejuk sangat sebab tempat ni memang di kaki gunung. Kami sampai sana lebih kurang pukul 1 petang & awan sudah menutupi gunung kinabalu. Waktu tu tak nampak sangat gunung. Semua putih oleh kabus. So, siapa2 yang nak acah2 kat oversea, boleh la amik gambar kat sini. Di Kinabalu Park ni lah tempat pendaki gunung untuk mendaki Gunung Kinabalu.

 Antara mereka yang terkorban semasa gegaran di Gunung Kinabalu


 kat atas ni x nampak apa2. kabus semuanya

Bagi makan kuaci kat tupai ni. So cute 😍

tempat wajib bergambar -Amin😂

Dah puas bergambar, kami terus ke Ranau untuk makan tengah hari. Jelas terpancar muka lapar tu. Haha. Kesian budak2 ni x sarapan pun pagi tu. Kami singgah makan di Restoran Sri Hasanah. Antara yang paling sedap kat restoran ni ialah bakso & sup dia. Masa tu, aku makan nasi goreng daging. Lapar punya pasal, semua jadi sedap. Haha. Harga pun tak ada la mahal sangat. Selesai makan, kami bertolak semula ke Kundasang untuk solat & tempat terakhir yang kami lawati ialah KUNDASANG WAR MEMORIAL. Bayaran masuk Kundasang War Memorial ialah RM2 seorang. Di sini pun banyak tempat cantik untuk bergambar.


Gunung Kinabalu gaiss kat belakang tuu

Selesai panjant2 & melompat, kami ambil keputusan untuk keluar sebab tengok kat atas dah sunyi sangat. Tengah turun anak tangga, aku tengok gate kat depan dah tutup. "Weh, gate dah tutup ! Macam mana ni ?" "Cuba tengok kunci mangga tu, kunci tak?" Huwaaa, malangnya gate sudah dikunci. Alamak, macam mana ni ? Muka cuak dah masa tu takut x dapat keluar. Haha. "Kalau x ada orang, jom panjat pagar ni" "Cuba cari no telefon yang kita boleh call kat pondok tu" Aku pun call number salah seorang pakcik yang ada kat situ, bagi tahu keadaan sebenar. Nasib baik pakcik tu x marah kami. Haha. Pakcik tu cuma kata "ok tunggu kejap". Aku sendiri pun baru tahu yang Memorial Park TUTUP 5 PETANG. So, sesiapa yang pergi sini nanti, jangan ada yang ulang perkara yg sama kami buat. Haha

Sementara tunggu dibukakan gate, sempat pula kami minta tolong Daus ambilkan gambar muka2 yang terkunci ni. Haha. Pengalaman sangat! First day dah buat hal. Adoii la, orang Sabah sendiri pun x tau pukul berapa tempat ni tutup. Finally, datang seorang pakcik bukakan gate untuk kami. Fuhh~ So, pengajarannya di sini, keep looking your watch & baca la apa2 tulisan kat pondok tu. Tapi siyes lah opening & closing hours tu dia tulis guna pen & kecil ja tulisan. Excited sangat sampai x nampak. Masa kami turun tu pun, kedai2 kecil yg jual souvenir pun dah tutup + tak ada orang. Memang sunyi sepi. Kami keluar dari tempat tu lebih kurang pukul 6 petang. "Macam kamu laa yg first time terkunci ni. Patutnya kami buat2 nda kenal tadi"-Amin.

antara yang terkunci. haha

Kami terus gerak ke Mile 36 Lodge. Tempat kami merehatkan diri 1 malam. Tempatnya memang cantik, sejuk tu ofcoz laa, harga pun boleh tahan jugak sebab tempat ni kalau duduk kat balcony, memang akan nampak Gunung Kinabalu dengan jelas. Kami dapat bilik no 16 di Liz Residence. Harga satu malam RM160 + deposit kunci RM50. RM50 tu dapat balik kalau kunci x hilang. Aku x kisah sangat harga bilik ni sebab kawasan dia memang cantik. Harga tu pun include breakfast jugak. Dalam bilik tu ada 1 katil queen, 1 katil single. So boleh laa muat kami 5 orang dalam tu. Ada water heater, tak ada aircond/kipas (sebab memang dah sejuk), iron minta sendiri kat kaunter, wifi ada tapi kena minta password. Hehe.

Malam tu kami x pergi mana2. Kat bilik sudah terasa sejuknya, kat luar apatah lagi. Nak mandi malam tu pun macam mandi ais wehh. Water heater pun x boleh lawan kesejukan air tu. Haha. Tahan laa mandi air sejuk. Suhu malam tu antara 14-16 darjah Celsius. Kalau nak tidur area Kundasang, aku cadangkan bawa la sweater + stokin tebal. Kau pakai laa selimut 2 lapis pun, tetap sejuk jugak. Sudahnya, aku x tidur sangat pun. Asyik terjaga ja sebab bantal, selimut semua jadi sejuk. Haha.

Untuk tempat penginapan, ada lagi tempat murah yang boleh korang cari. Our tour guides tidur kat Rose Cabin dengan harga RM100 sehari. Tempat penginapan ni lebih baik survey & booking awal, takut melepas pulekk.

*to be continued*

➨ JAMBATAN TAMPARULI (free)
➨ PEKAN NABALU (tempat shopping)
➨ KINABALU PARK (RM3 seorang)
➨ RANAU (singgah makan)
➨ KUNDASANG WAR MEMORIAL (RM2 seorang)
➨ MILE 36 LODGE (RM160 sehari)

Monday 13 February 2017

TRIP TO SABAH -intro-

Assalamualaikum. Setelah sekian lama x update blog ni, kali ni aku rasa nak sangat share sikit tentang perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di Kundasang & KK. Aku yang memang asal Sabah ni tak banyak la keluar duit. Ermm tapi boleh laa jugak. Aku ni jenis yang suka cerita dari awal sampai laa berakhir perjalanan kami. So, aku akan ceritakan bermula dari proses beli tiket yg dah lama dibeli dari tahun lepas lagi.

Kisahnya bermula macam ni. Kami beli tiket flight dari bulan 6 tahun lepas (2016). Setiap hari buka website Air Asia semata2 nak tgk harga promosi. Dekat2 promosi nak tamat, kami pun buat keputusan utk beli tiket flight malam tu, lepas buka puasa kat Putrajaya. Beli tiket utk 4 orang ja sebab aku memang ada kat Sabah. Asalnya kami plan trip ni 5 hari 4 malam @ 4 hari 3 malam tapi disebabkan kami lambat beli tiket, maka perjalanan kami cuma 3 hari 2 malam. Nak x nak, kena settle kan urusan pembelian tiket malam tu jugak. Kalau tak, jadi angan2 ja lah. Haha.

Selesai beli tiket, Ain plak sediakan itinerary sebelum dan semasa untuk trip kali ni. (cehh padahal baru 1st trip dengan kawan2 haha). Tempat yg kami mau pegi pun Ain survey jugak sbb dia memang minat bab-bab travel ni. Kami ikut ja. Hakhak. Apa yg aku boleh tolong cuma cari kereta ja sebab aku ada sorang kawan yang boleh diajak sekali dalam trip ni & dia pun boleh laa jadi tour guide kami. Bila dah settle semua tu, senang la sikit hati ni walaupun kawan aku tu sebenarnya tak sure lagi dapat join atau tidak. Huhu.

Waktu cuti sem baru2 ni, aku ada contact kawan aku tu. Budi namanya. Aku tanya la dia dapat ka join trip kami ni nanti ? Malangnya, jawapan dia negative wehh. Bapak sedih :'( Malam tu aku terus call Ain & ceritakan semuanya kat dia. Problem wehhh. Trip dah nak dekat tapi kereta tak dapat lagi. Orang kata, kalau nak sewa kereta kena awal. Yes, WAJIB awal sebab ramai kutt orang nak jalan2 Sabah. Bila dah tak dapat minta tolong Budi, aku pergi minta number kereta sewa kat kawan2 sekolah. Tanpa fikir panjang lagi, kami pun sewa kereta saga sebab takut tak dapat kereta utk jalan2 nanti. Lagi laa bertambah2 susah. Aku hampir buat keputusan untuk x join diorang ni tapi Ain kata x best la kalau akak xde. Hehe.

Fikir punya fikir, tetiba aku teringat kat Amin. Senior sekolah yang dah lama sangat aku x contact dia. Jumpa apatah lagi. Berkurun tak jumpa dia. Haha. So, aku pun mesej dia kat fb. Number lama dia dah x ada dalam list wasap, aku anggap dia dah tukar number. Nak mesej kat fb tu pun malu jugak, Yalah, lama x tegur dia. Tapi bila dah tanya, jawapan dia POSITIVE. Dia free tarikh tu. Weheee~ Lega jugak hati ni. Kereta dah dapat, tour guide pun dapat. Rupa-rupanya, Amin memang jadi tour guide sebelum ni. Setahu aku, dia tengah sambung master kat UMS. Tak tahu plak jadi tour guide. Business family katanya. So, boleh laa dapat harga member :P

Sebelum tiba 7 Febuari, aku la yang jadi orang tengah antara group wasap kami dengan Amin. Aku bagi tau Amin, "kami 5 orang & sewa Saga, termasuk kau 6 orang la". Haha. Dia kata, "mana muat 6 orang dalam tu. Susah naik bukit nanti. Lain la kalau semua kurus macam kau" Adoii. Kami pun bincang semula pasal kereta tu ikut arahan orang yg lebih berpengalaman. Haha. At last, kami ambil keputusan untuk sewa kereta Exora Amin. Murah lah jugak. Harga sama dengan Saga yg kami sewa tu. Malangnya Saga tu x dapat balik duit deposit. Huhu. Burn macam tu ja duit tapi xpa lah asalkan sepanjang perjalanan kami tu selamat & berjalan lancar. Alhamdulillah, kereta & tour guide settle ! Cuma aku belum minta kebenaran abah untuk join diorang. Tapi dengan satu soalan yg jelas, abah luluskan jugak permintaan anaknya ni. Weheee~

*to be continue*

entry kali ni macam detail plak & banyak membebel. haha. peduli apa aku >.< kot laa nanti boleh baca balik blog ni & throwback pengalaman untuk 1st time travel dengan kawan-kawan. hee