Tempat 1st yang kami pergi ialah RUMAH TERBALIK SABAH yang terletak di Tamparuli. Tapi kami x masuk dalam pun sebab rumah2 ni ada ja kat KL or PD. So, tengok dari luar ja lah. Tempat kedua pula, JAMBATAN TAMPARULI. Naik jambatan ni x bayar pun. Kami sekadar ambil gambar & pengalaman naik jambatan ni. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Awal perjalanan, semua masih "segar" lagi sambil menghirup udara yg sejuk. Pertengahan perjalanan, aku tengok kawan2 aku semua terlelap. Penat sangat agaknya naik flight 2 jam 30 minit. Hee~
Jambatan Tamparuli
Kami singgah di PEKAN NABALU utnuk ambil gambar, shopping sikit2 & beli makanan sebagai alas perut sebelum sampai Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, adalah lebih baik kalau buka tingkap sebab angin sejuk sangat, x payah guna aircond. Tempat yang seterusnya ialah KINABALU PARK. Bayaran masuk Kinabalu Park ialah RM3 seorang.
Kata Amin, suhu di Kinabalu Park ni boleh mencecah -1 pada waktu malam. Sejuk sangat sebab tempat ni memang di kaki gunung. Kami sampai sana lebih kurang pukul 1 petang & awan sudah menutupi gunung kinabalu. Waktu tu tak nampak sangat gunung. Semua putih oleh kabus. So, siapa2 yang nak acah2 kat oversea, boleh la amik gambar kat sini. Di Kinabalu Park ni lah tempat pendaki gunung untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Antara mereka yang terkorban semasa gegaran di Gunung Kinabalu
kat atas ni x nampak apa2. kabus semuanya
Bagi makan kuaci kat tupai ni. So cute 😍
tempat wajib bergambar -Amin😂
Gunung Kinabalu gaiss kat belakang tuu
Sementara tunggu dibukakan gate, sempat pula kami minta tolong Daus ambilkan gambar muka2 yang terkunci ni. Haha. Pengalaman sangat! First day dah buat hal. Adoii la, orang Sabah sendiri pun x tau pukul berapa tempat ni tutup. Finally, datang seorang pakcik bukakan gate untuk kami. Fuhh~ So, pengajarannya di sini, keep looking your watch & baca la apa2 tulisan kat pondok tu. Tapi siyes lah opening & closing hours tu dia tulis guna pen & kecil ja tulisan. Excited sangat sampai x nampak. Masa kami turun tu pun, kedai2 kecil yg jual souvenir pun dah tutup + tak ada orang. Memang sunyi sepi. Kami keluar dari tempat tu lebih kurang pukul 6 petang. "Macam kamu laa yg first time terkunci ni. Patutnya kami buat2 nda kenal tadi"-Amin.
antara yang terkunci. haha
Kami terus gerak ke Mile 36 Lodge. Tempat kami merehatkan diri 1 malam. Tempatnya memang cantik, sejuk tu ofcoz laa, harga pun boleh tahan jugak sebab tempat ni kalau duduk kat balcony, memang akan nampak Gunung Kinabalu dengan jelas. Kami dapat bilik no 16 di Liz Residence. Harga satu malam RM160 + deposit kunci RM50. RM50 tu dapat balik kalau kunci x hilang. Aku x kisah sangat harga bilik ni sebab kawasan dia memang cantik. Harga tu pun include breakfast jugak. Dalam bilik tu ada 1 katil queen, 1 katil single. So boleh laa muat kami 5 orang dalam tu. Ada water heater, tak ada aircond/kipas (sebab memang dah sejuk), iron minta sendiri kat kaunter, wifi ada tapi kena minta password. Hehe.
Malam tu kami x pergi mana2. Kat bilik sudah terasa sejuknya, kat luar apatah lagi. Nak mandi malam tu pun macam mandi ais wehh. Water heater pun x boleh lawan kesejukan air tu. Haha. Tahan laa mandi air sejuk. Suhu malam tu antara 14-16 darjah Celsius. Kalau nak tidur area Kundasang, aku cadangkan bawa la sweater + stokin tebal. Kau pakai laa selimut 2 lapis pun, tetap sejuk jugak. Sudahnya, aku x tidur sangat pun. Asyik terjaga ja sebab bantal, selimut semua jadi sejuk. Haha.
Untuk tempat penginapan, ada lagi tempat murah yang boleh korang cari. Our tour guides tidur kat Rose Cabin dengan harga RM100 sehari. Tempat penginapan ni lebih baik survey & booking awal, takut melepas pulekk.
*to be continued*
➨ JAMBATAN TAMPARULI (free)
➨ PEKAN NABALU (tempat shopping)
➨ KINABALU PARK (RM3 seorang)
➨ RANAU (singgah makan)
➨ KUNDASANG WAR MEMORIAL (RM2 seorang)
➨ MILE 36 LODGE (RM160 sehari)
yurtdışı kargo
ReplyDeleteresimli magnet
instagram takipçi satın al
yurtdışı kargo
sms onay
dijital kartvizit
dijital kartvizit
https://nobetci-eczane.org/
ANTY
salt likit
ReplyDeletesalt likit
dr mood likit
big boss likit
dl likit
dark likit
3ORYB
شركة رش حشرات بالاحساء c7v5s2uyC7
ReplyDelete