Saturday 14 March 2015

Family Day AQSA -PART 1-

Dua minggu yang lalu bersamaan dgn 27, 28 Febuari & 1 Mac, Jabatan al-Quran dan al-Hadith telah melaksanakan "Family Day" @ "Hari Keluarga" @ "Transformasi Mahasiswa Cemerlang" bertempat di Marina Cove, Lumut, Perak. Peserta yang terlibat adalah semua pelajar AQSA. Rugi kot x pegi family day ni sbb dah bayar 50 hengget. Takkan laa nak burn camtu ja. Family day ni dibuat minggu pertama sem 2. Pada mulanya, nak buat seminggu or 2 minggu (x ingat) sebelum study week tapi ada sedikit kekangan yg tidak dapat dielakkan *maybe*. Lepas tu, plan lagi nak buat lepas exam tapi sekali lagi x jadi. Akhirnya, FD pun dibuat pada tarikh di atas. Alhamdulillah.

Pada 27 Febuari bersamaan dgn hari Jumaat, kami bertolak dari UM pada pukul 11.30 pagi. Ada 3 buah bas dan kami yg 1st year duk dalam 1 bas. 2nd and 3rd year 1 bas. Bas yg lagi satu khas utk 4th year sbb mereka semua perempuan & ada sorg ja lelaki tp x dpt join *tak tahu kenapa.hehe*. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah (kata Ammar.hehe). Lebih kurang pukul 12 tghari, kami singgah di RnR Rawang utk lunch tapi sendiri2 laa sbb x disediakan lunch. Kami (aku, rehe, jiyah, qilah & isma) beli nasi bungkus sbb masih kenyang lagi & cadangnya nak makan kat Marina Cove tu ja.

Dah beli makanan semua, kami pun meneruskan perjalanan semula. Baru beberapa minit duk dalam bas, aku pun rasa mengantuk & entah bila masa laa boleh terlelap. Haha. Bila tersedar, dah sampai pula kat Perak tapi x sampai Lumut lagi. Bangun2 ja tgk henset & banyak noti dari group wasap AQSA. Haha. Nampaknya bebudak ni x tido dalam bas. Aku ja kot yg lena sangat dalam bas tu. Kah3. Penat laa katakan sbb malam sebelum bertolak tu aku ada latihan kompang. Cheyy~

Pukul 3.30 petang, kami pun sampai ke destinasi yg dituju. Semua pegi kaunter utk check in. Amik kunci dalam sampul surat yg dah tersedia senarai satu bilik. Dah siap check in kat Kak Lina, kami bawa beg semua pegi bilik masing2. Satu bilik ada 10 org & aku ofcoz laa dgn Rehe. Actually, ianya bukanlah bilik sangat tp ala2 rumah flat camtu laa. Ada 2 bilik biasa, 1 master room + tandas, 1 tandas, peti ais, aircond, tv & segala macam. Kesimpulannya semua kemudahan dalam rumah tu mencukupi. Lepas rehat, makan & solat jama' ta'khir, kami rehat sat pastu plan nak jenjalan tengok pantai & apa2 yg boleh dilihat. Hehe.

Mula2 tu ada frust sikit laa sbb x jumpa pun pantai. Just nampak mcm laut & area waterpark ja dari bilik tu. Tapi kami x putus asa lg sbb kalau nak naik bilik pun xda nak buat apa2. Dah alang2 tu jalan2  ja la pegi mana2. Jalan punya jalan, Fathah jumpa pantai. So dia pun panggil kami pegi tgk "pantai" yg dia jumpa tu. Kalau tgk camtu ja x ada la nampak mcm pantai tp lebih kpd tempat perahu "parking". Eh eh. Haha. Tapi siyes, angin petang tu nyaman ja. Masa tu pukul 5.30 petang kot. Matahari pun x ada la terik sgt. Tenang sangat fikiran kat sana. Siap gelak2 terhibur amik gambar sama2. Hehe

Pemandangan Water park dari bilik kami *tingkat 2.hehe*



Apa laa yg terhibur sangat tuu

 Iman as photographer suruh ktorg posing mcm tuu

 Para gadis AQSA 1st year



Sedang asyik amik gambar, jam sudah menunjukkan hampir pukul 6.30 petang. Masa utk pulang ke bilik masing2 sbb Ammar kata makan malam pukul 7, solat maghrib then 7.50 malam kena pegi Dewan 1 sbb ada slot yg pertama iaitu "Bila Aku Ingin Menjadi Seperti Kamu" & tayangan video. Maka, kami pun naik bilik rehat, bersiap, solat lepastu turun makan kat bawah. Dengan perut yg lapar, aku amik nasi bebanyak. Haha. Alang2 dah sekali bayar, makan ja laa apa yg tersedia. Tak baik tolak rezeki. Hehe

Pukul 7.50 malam, kami turun berjemaah ke Dewan 1 yg bersebelahan dgn swimming pool. Sementara tunggu pensyarah sampai, kami dijamu dgn video yg sangat menarik. Hehe. Emcee Slot 1 malam tu Adam (senior 3rd year). Ada 4 pensyarah + Ust. Pa (Mustafa) yg berkongsi pengalaman belajar mereka pada malam itu. Kesemuanya sangat memberi inspirasi & terasa betapa hebatnya mereka semua. Masya Allah ! Aku juga ingin jadi seperti mereka. Huhu

 FORMACE 2015

 Para asatizah (Dr. Fauzi, Dr. Ishak, Ust. Khader & Ustazah Munirah)


 Dr. Ishak berkongsi cerita zaman dia study dulu

 Next, Dr. Fauzi

Slot 1 pada malam itu diakhiri dgn tayangan video dari students AQSA bermula dari 1st year, 2nd year, 3rd year & 4th year. Memandangkan tahun lepas (2014) adalah final year bg senior 4th year, lama jugak laa video dorg. Tapi x heran laa kalau nampak dlm video tu semua perempuan sbb dalam klas dorg ada sorg ja lelaki. Very special. Hehe. Bebudak 1st year ja yg ramai lelaki. 15 org kott. Sedih jugak laa sbb dah x jumpa lepas ni & insya Allah jumpa masa dorg graduate bulan 10 nanti. Aceceee~ Ada la feel sedih tu sbb kena tutup lampu. Hehe.

Dengan berakhirnya tayangan video dari kami semua, maka tamatlah sudah Slot 1 pada malam itu. Sambung slot 2 pada keesokan harinya. Kami pun naik bilik utk rehat & tidur. Sebelum tidur dok gelak2 lagi dalam bilik. Aduhaiii, entah apa laa yg lawak sangat malam tu. Nasib baik x ngigau. Haha. Penat kot sbb tu la nyenyak ja tidur ditambah lagi dgn aircond yg sejukkkk sangat :D Tapi budak laki lain pula kerjanya. Buka wasap awal pagi, dorg dok sembang kat group tgh2 malam tu. Semuanya kelaparan & terpaksa bermusafir demi sesuap nasi. Haha. Hakikatnya x ada pun warung or kedai kat sana. Mungkin ada tapi jauh. Sabar ja lah XD

No comments:

Post a Comment