Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia !!! Okay, hari tu aku
dah cerita serba sikit pasal induksi satu hari pertama dan entry kali ni nak
cerita jugak lah induksi satu bagi hari kedua. Maaf lerr lambat sikit ceritanya
sbb mood tengah kong. Haha. Wifi kolej ni x menentu. Kejap ada, kejap xdak.
Macam chipsmore plak. Huhu. Nak update blog pun tergendala. Cehh~ Apatah lagi
tgk tonton. Haha. Memang menguji kesabaran betul lah.
Okay lah, nak start dari pagi tu pada pukul 8.30 pagi jugak,
MT surau macam biasa lah turun awal sikit dari exco sbb nak siapkan sarapan.
Exco surau yang lain diminta turun pada pukul 9.15 pagi sbb kalau lambat kang
kena marah pulak. Hehe. Takda lah, dah besar kan. Nak marah2 buat apa. Dah siap
sediakan sarapan & semua peserta pun dah turun, kami diminta untuk ke ruangan
muslimin. Macam biasa laa sebelum aktiviti dimulakan, kami diminta menyanyikan lagu tema induksi satu. Semangat !! Haha. Pagi tu ada pengisian yang
disampaikan oleh seorang pelajar UM jugak. Tunggu punya tunggu, orangnya tak
muncul jugak. Maka, fasi pun membuat keputusan untuk menyuruh kami sarapan
dahulu sbb orang yg ditunggu ni mcm lama ja lagi mau sampai.
Tepat pukul 10 pagi & setelah selesai sarapan, kami
diminta masuk semula ke ruangan muslimin untuk aktiviti LDK yang merupakan
output kepada input pengisian yg belum kami dengar tu. Haha. Awal pula LDK nya
ni. Ok laa tu, x jugak buang masa yg ada. LDK ini dikendalikan oleh kak Dijah
yg diberi nama “si buta yang cerdik”. My first expectation is kami akan disuruh
melukis atas kertas apa yang si ketua arahkan. Tapi, silap. Haha. Kami diminta
membahagikan dua kumpulan (gabung muslimin muslimat). Semua orang akan merasa
menjadi buta dan kami akan beratur di checkpoint pertama dengan menutup mata
menggunakan kain. Seorang ketua akan dilantik dan beliau akan berdiri di
hadapan (jauh dari si buta. So suara kena kuat supaya si buta dpt mendengar
arahan yg diberi dgn jelas.) Dalam keadaan mata yg tertutup, para fasi akan
meletakkan halangan2 seperti botol, pasu bunga dan segala macam barang yg ada
di dalam surau yg boleh dijadikan halangan oleh para fasi. Kalau si buta dah
terlanggar or terpijak “halangan” tu, dia kena patah balik ke checkpoint
pertama. Si ketua pula mesti mengarahkan si buta menggunakan nombor. Contoh, 12
(hadapan), 3 (kanan), 6 (belakang), 9 (kiri). Langsung tak boleh sebut depan,
belakang, kiri, kanan, Mesti sebut nombor2 tersebut. Faham takk ? Hehe. Dalam
keadaan yg “meriah” tu, fasi2 ni dok buka lagu pulakkk. Memang tenggelam la
suara aku. Haha. Jerit kuat sikittttt. Memang syok sangat dan menguji kesabaran
jugak la. Tapi paling best bila dapat tolong alihkan barang yg menghalang ahli
kumpulan kita nak berjalan dan tolong tambah halangan kat kumpulan sebelah.
HAHA. Bila dah habis semua peserta yg menjadi buta, kami diminta memberikan
kesimpulan apa yg kami dapat dari LDK tersebut. So, apa yg penting kat sini
“KERJASAMA”. Hehe. Kepercayaan, keyakinan, sabar dlm handle seseorang, strategi
dan bermacam2 lagi.
Pada pukul 11.30 pagi,kami diminta duduk semula ke tempat
asal sementara menunggu si penyampai pengisian. Akhirnya, si penyampai pun
datang. Beliau memperkenalkan diri yang juga merupakan ahli PMIUM jugak. Beliau
memulakan dgn memberikan salam. Maka kami menjawab salam dgn suara yg kurang
“all out”. Dia bagi salam, kami jawab lagi. Bagi salam lagi, jawab lagi.
Rasanya ada la dalam 7 kali berjawab salam. Hehe. Dia x puas hati sbb suara
jawab salam kami tu x sampai 100%. Huuu~ Semangat sungguh orangnya. Kemudian,
kami diberikan sehelai kertas A4 dan diminta menulis nama diatas ketas tu dan
menulis (+) , (-). Para fasi pun diminta buat benda yg sama (tidak terkecuali).
Beliau bagi masa lebih kurang 15 minit untuk kami penuhkan (+) (-) di atas
kertas orang yang berbeza. Tak boleh dapat kertas sendiri. Maka, penuhlah
kertas tu dengan bermacam2 kelebihan kekurangan yg ada. Lepas tu, masa pun
tamat dan kami pun diberikan kertas masing2. So, nak bagi tau sikit laa apa yg
aku dapat hasil dari tersebarnya kertas ni. Haha. First, pemalu. Memang aku
akui yg aku ni pemalu tapi mungkin dgn org yg aku x berapa rapat. Kalau korg
kenal aku, tambah lagi budak bertiga tu, memang korang akan tau aku ni “nakal”
sikit la. Haha. Tapi, pemalu kat kertas tu ada 2 tempat, (+) dan (-). Maksudnya
camna ?? Kedua, nak highlight kan di sini ialah ada org komen jawapan yg aku
jawab oleh si penyoal dalam induksi satu. Ada 2 org lelaki yg tanya. Sorang tu
shahrul (dia x dtg masa hari kedua induksi satu) dan sorang lagi fasi. Of
course la si fasi yg punya tulisan sbb dia ja yg dok menanya soalan mcm tu.
Derrhhh~ Haha. Sabar ja lah. Aku takmo dah tgk kertas tu. Rasa macam sedih pun
ada. Yalah, org tak kenal kita kan. Huhu. Takpa lah, kak Mizah kata tak
semestinya org yang kurang dapat kritikan tu dia baikkk sangat ! So, dari
kritikan tu la kita cuba perbaiki diri. Insya Allah. Start dari tu, aku jadi
xda mood plak. Wahaha! Ambik hati kerrr :p HAHAHAHA. Ok stop! Jangan malukan
diri sendiri please.
Selepas pengisian, jam pun sudah menunjukkan pukul 12.30
tengah hari. Kami pun makan tengah hari tapi aku mengantuk + kenyang sebab
sarapan tadi makan banyak. Tapi akak2 fasi paksa jugak makan. Hehe. So, kita
makan aje lah. Lepas makan, kiranya nak tidur tapi mata x boleh lelap plak. Tak
lama lepas tu, azan zohor pun berkumandang. Kami pun solat zohor berjemaah.
Selesai solat zohor dan jam pun menunjukkan pukul 2 petang. So, macam biasa
kena nyanyi lagu tema. Hehe. Lepastu, kami diminta untuk kembali membuat
kumpulan macam tadi. LDK seterusnya ialah Telefon Rosak yang dikendalikan oleh
kak Mizah. Tapi telefon rosak ni bukan main bisik2 tu. Salah seorang diminta ke
hadapan untuk menggayakan apa yg dia dapat dari fasi tu. Mula2, kami diberi
peribahasa dan menggayakannya. Sorg buat gaya, ahli kumpulan lain meneka
peribahasa apakah itu. Aku dapat peribahasa “kera . . . . bunga” (ntah tak
ingat). Mula2 tu aku minta kak mizah tukar sbb xnak buat gaya kera dan aku
terfikir mcm mana nak buat gaya bunga. Tapi bunga memang ada kat surau tu. So,
boleh tunjuk ja la. Malangnya Kak Mizah tak bagi tukar peribahasa. Maka, aku
buat la gaya monyet. Tepuk tangan kat atas. HAHA. Alangkah hebatnya ahli
kumpulan aku sbb dapat teka. Yeayyy !! Takda la malu sangat sbb x buat semula
gaya tu. Seterusnya, ketua kami Shameer volunteer jadi tukang buat gaya kat
depan sebab kami cuma tau teka ja. Yang ni kira susah sikit sebab main ayat yg
panjang sikit. Ada 5 ayat dan setiap ayat ada 5 atau 6 patah perkataan. Tapi,
walau susah macam mana pun, kedua2 kumpulan dapat menekanya dgn tepat. *clap ur
hand*
Sementara ada masa lagi sebelum asar, kami main benda yg
sama jugak tapi kali ni kena lukis di atas secebis kertas. Kami diminta duduk
dalam satu barisan memanjang ke belakang dan menjarakkan sedikit kedudukan
supaya orang lain x tgk apa yg kita lukis. Strategi yg paling penting ialah dalam
barisan tu, orang yg paling depan kena pandai melukis dan org last tu mesti
pandai teka. Untuk yg pertama, kami dapat peribahasa lagiiii. Huhu. Tapi, dapat
teka jugak. Haha. Yang kedua, kami dapat hanya satu patah perkataan dan kedua2
kumpulan dapat teka. Game ni sangat best sbb dapat tgk hasil lukisan org. Haha.
Dan dapat menguji minda untuk berfikir. LDK yg terakhir ialah kami diberikan
sehelai kertas A4 dan gunting. Fasi minta kami olah kertas tu supaya semua ahli
kumpulan dapat masuk ke dalam. Dengan kepakaran yg ada, maka terhasil lah satu
bulatan yg boleh memuatkan semua ahli kumpulan dalam tu. Hehe
Pada petang tu, hujan pun turun. Ingatkan dah xda main apa
lagi. Tapi fasi2 cakap petang tu ada riadah. Sebelum bersurai utk siap2 asar,
kami ambik gambar semua fasi, MT dan Exco sbb lepas riadah nanti comot2 xda org
nak bergambar. Haha. Selepas solat asar, kami semua ke luar surau untuk
beriadah pada petang tu. Alhamdulillah, hujan sudah reda tapi masih mendung.
Ada 4 game yang kami main iaitu “sungai beracun”, “selamatkan belon”(x ingat
apa nama dia), baling belon yg berisi air ke belakang, dan main volley balloon
acah2 main volleyball. Game yg pertama ialah “sungai beracun” aka poison river.
Fasi arahkan kami supaya selamatkan diri dari tempat asal kami ke seberang
sungai dengan menggunakan papan yg disediakan. Salah seorang x boleh jatuh.
Kalau tak, kena ulang dari mula. Huhu. Syafiq dan Shameer (ketua kami) pergi
menyeberangi sungai tu terlebih dahulu. Lepas tu, Shameer kembali kepada kami
dan menyerahkan papan2 tu untuk kami semua (muslimat) pergi menyeberangi
sungai. Haha. Dengan usaha yg gigih (cehh), kami akhirnya berjaya menyeberangi
sungai tu. Akhir sekali, Syafiq kembali kepada Shameer dan Fansuri untuk
menyelamatkan mereka menyeberangi sungai. Akhirnya, kami semua selamat. Hehe.
Cara2 main game ni macam main alih batu bata tu. Ermm, siapa yg pernah main tau
kot macam mana. Susah nak terangkan kat sini. Heeee~
Game yang kedua ialah selamatkan belon. Haha. Macam pelik ja
bunyinya. Kami diberikan belon sorang satu. Sendiri tiup hokayyy. Sakit pipi ku
meniupnya. Yang ni aku xtau macam mana nak terangkan. Tapi yang penting belon
tu masukkan kat belakang. Sebelum tu, buat bulatan yg membelakang. Haha. Apa
punya ayat daaaaa~ So kiranya bila dah buat bulatan, belon akan dimasukkan kat
belakang kita. Lepas dah letak belon, kena jalan pula ke seberang. Haha. Siapa
cepat dia menang & belon tu tak boleh pecah. Okay, taknak terangkan dah.
Susahhhh. Mula2 pun aku rasa mcm mustahil ja benda ni. Tapi lepas tu boleh ja
buat sebenarnya. Nothing impossible gitcheww~
Game yang seterusnya ialah baling belon yang berisi air ke
belakang. Ermm, siapa pernah main mesti tau kan cara dan perasaan dia bila
main. Lagi2 kalau belon pecah then kena kau sendiri. Haha. *padan muka aku*
Masa baling belon ni tak boleh toleh belakang. Mesti baling dan orang belakang
kena ready. Aku masa tu cukup ready dah lepas tu Syafiq baling belon tu tetiba
ja belon tu pecah ngam2 kena kat muka aku. Wohoiiii. Basah la jadinya. Adoiii.
Tapi nasib baik boleh cover lagi mana2 yg patut. Hehe. Aku rasa belon tu pecah
sbb kena pin tudung. Syafiq pun apa lg gelabah minta maaf. Haha. Aku ok ja laa.
Rezeki la kan kena basah. Apa yang penting memang have fun petang tu.
Game yang terakhir ialah volley balloon. Hari pertama guna
kain batik/pelikat. Tapi hari kedua ni xda guna apa2 just baling ja. Siapa yg
pandai sambut memang terrer la. Tapi dalam banyak2 tu, mesti akan pecah punyaaa
dan paling best kena basah. Fasi2 memang suka la kan main belon air ni. Haha.
Peserta pun sama jugak lerr. Peserta2 dah habis main, lepas tu peserta minta
fasi2 pula yg main. Hebat2 wuu fasi2 ni. Haha. Tepat pukul 6 petang kami semua
menamatkan permainan dan fasi minta kami berkumpul semua kat luar surau sbb dah
basah kuyup kena air. Fasi minta pengerusi dan timbalan pengerusi untuk
memberikan idea atau penambahbaikkan untuk induksi dan program yang akan
datang.
Sebelum bersurai, s/u surau ada bagi sedikit cenderahati kepada para fasi yg penat bertungkus lumus dari cuti sem lepas katanya semata2 nak sediakan persiapan untuk induksi ni. Lepas tu, fasi bergambar sesama mereka. Terima kasih kepada semua fasi (Hazzani, Farid Azlan, Haziq, Kak Mizah, Kak Feezy, Kak Dijah dan Kak Aisyah). Fasi semua baik2. Acecee~ Lain kali jadi laa fasi lagi. Hehe. Lepas ni apa2 program MT laa yang akan handle. Huhu. Nebes pula rasa. Doakan ja la yang terbaik. Wokayyy. Sekian saja cerita saya bagi induksi surau satu hari yang kedua. Maaf la kalau terlebih panjang dari sebelum ni. Maklum laa excited ! HAHA. Maaf jugak sbb kosong ja xda gambar. Nanti kalau dah dapat gambar dari fasi, kite letak kat sini kayyy. Bubye fasi *lambai tangan* Jumpa lagi :D
No comments:
Post a Comment