Wednesday 2 September 2015

Tips melegakan sakit tekak

Assalamualaikum. Welcome September ! Kejapnya masa berlalu. Tengok tajuk entry tu mcm dak2 terer ja cakap pasal tips bagai. Haha. Saja nak kongsi tips yg aku baru cuba ni memandangkan skrg tgh sakit tekak + badan panas + batuk2 (uhuk uhuk) . Hehe. Padahal aku x banyak pun minum air sejuk sebelum ni. Kenapa tah tetiba sakit2. Sabo je lah~ Aku x berapa suka makan ubat. So, try je lah segala macam tips dari tenet.

Antara tips yang aku cuba ialah berkumur dgn air garam. Haa, yang ni mcm ok sikit sebab dari pembacaan aku, air garam tu boleh melegakan tekak yg perit tu dan boleh mengeluarkan kahak dgn mudah. Tak percaya ? Cubalah :) Macam mana caranya membuat air garam tu ? Mudah sajaaa~ Sediakan segelas air kemudian campurkan sesudu garam. Lepastu berkumur la mcm biasa (ala2 mr. bean. keh3). Pastikan habis segelas anda berkumur. Ceh~





Tips yang kedua ialah dengan mencampurkan perahan air limau & madu. Tak kisah la madu apa tapi kalau guna madu asli lagi umphh ! Limau tu pun sama okeyh. Tak kisah nak guna limau apa pun. Limau kasturi, limau nipis, limau purut or else. Antara banyak2 limau yg tersenarai tu, aku guna la limau nipis yg ada kat rumah ni. Caranya, tuangkan sesudu atau 2 sudu madu kedalam gelas. Kemudian, ambik 3 biji limau. Perahkan air limau kedalam gelas yg berisi madu tadi. Kacau kejap lepastu bolehlah diminum begitu sahaja. Rasanya ada manis & masam tapi siyes sedap. Nyum3.


Tips yang ketiga, banyakkan minum air kosong. Tapi dalam keadaan tekak yg perit dan sakit ni, aku memang kurang sikit minum air. Huhu. Nak tak nak pun kena paksa jugak. Kalau boleh jangan la minum air sejuk. Kang bertambah parah pula tekak tu. Hehe. Try ja minum air suam2 kuku. Pastinya anda akan berasa lega sedikit setelah meminumnya.

Tips yang keempat, makanlah gula2 hacks, strepsils, freshman, atau apa2 aje la gula2 yg ada MINT. Kesegaran pasti terasa ditekak anda :)

Antara tips yang lain ialah minum air teh bersama madu. Madu lagi ?? Nampak tak, betapa berkhasiatnya madu tu. Tapi setakat ni aku x cuba lagi yang ni. Aku ada try jugak tinggikan sikit bantal semasa tidur. Tak ingat pulak apa sebabnya.

Semalam pula aku susah nak tidur tak tau la kenapa. Panas badan kot. Orang sakit tekak memang susah eh nk tidur ? Tapi, selepas beberapa jam, dapat jugak melelapkan mata ni. Eh2, lari dari tajuk plak. Okay la, antara bebanyak tips tu, aku cuma amalkan tpis yg pertama ja. Nak amalkan tips kedua tu dah tak boleh sbb madu dah nak habis. Alahaiii~ Habis madu sepah dibuang. Haha. Insya Allah semua tips diatas akan berkesan dan alhamdulillah sakit tekak aku ni dah berkurang sikit. Boleh laa aku banyak cakap. Hehe. Kalau tak memang krik krik ja lah.

No comments:

Post a Comment